Saturday 18 October 2014

Memasak dan Membuat Kek Coklat Hobi Saya Kini

Tajuk entri kali ini sangat mengujakan. Nampak simple Hobi Saya tapi nak berkongsi dengan pembaca ni sukar betul. Apa hobi saya yang boleh di kongsikan bersama-sama. Memasak dan Membuat Kek Coklat Hobi Saya Kini tapi sebelum tu tengok2 dulu hobi di zaman remaja.


Semasa usia remaja hobi saya


  1. membaca, membaca majalah.. Bila berada di universiti saya pengumpul majalah mustika, wanita, ujang, annur, dan banyak lagi. 
  2. Bermain boling.. Hampir setiap minggu pasti bowling Plaza Alam Sentral tu kami pergi lepaskan tensen belajar.
  3. Hobi berjoging pun bolehkan. Saya memang suka sangat berjoging sebab faktor kegemukkan yang melanda kot..
  4. Dan hobi yang paling saya suka ialah window shopping. Tak membeli pun tak pe asal boleh jalan-jalan tengok-tengok sahaja.

Musim remaja sudah berlalu kini tinggal hobi seorang isteri, ibu dan pekerja.



Hobi kini ialah suka MEMASAK. Nak tahu masak apa? Saya lebih suka buat kek terutama kek coklat. Semua cubaan kek saya majoriti kukus bukan bakar yang ada pun satu @ dua sahaja.

Kek coklat kukus

Kek Birthday Boss Rahman & Zali


Kek Iela Customer


Saya suka buat kek coklat bila anak sulong saya memang minat gila dengan coklat.. Kalu tanya mengapa gigi si Ain tu rosak jawabnya sebab ibu suka bagi coklat.

Kek birthday Mok Alang Ain

Kek Mama (abaikan dulang)

Kek sesaja buat request Ain


Bukan sahaja kek coklat malah kek pelangi kukus dan puding karamel pun selalu saya buat. Suami dan anak saya suka kek2 yang saya buat.

Kek kukus Pelangi

Apam gebu

Puding Karamel


Dah tengok semua koleksi kek dan puding saya? Sebenarnya banyak lagi tapi xtau mana letak gambar2 tu semua. Saya yakin mesti ramai mereka di luar sana yang mempunyai minat dan hobi seperti saya. Ini lah kerja2 yang saya kini suka buat.

Window shopping masih menjadi hobi tapi sekarang agak terbatas. Nak bawa anak2 kat tempat sesak memang tidak la jawabnya. Duk kat umah sahaja kita main masak-masak.

Saya juga suka membantu mereka yang memerlukan bantuan kesihatan. Mereka yang inginkan suplemen kesihatan Shaklee boleh dapatkan dari saya.

************************************************



"Mencegah Lebih Baik Dari Merubati"

~ mazmohd ~
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz

Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya

************************************************

6 comments:

  1. Mmm..sedapnya. saya bab masak kek ni kurang sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya punya resepi ni senang aje campak2 aje xperlu tenaga sangat hehe..yg paling suka kukus sbb kalu bakar xpernah jadi..

      Delete
  2. Saya pun suka baking. Kalau suruh masak dan buat kek memang saya pilih baking cake la..best dpt buat kek ni tau. Tmbh2 orang yang makan kek kita tu cakao sedap.betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul.. Bila ramai memuji berbunga2..memang boleh buat hari2..

      Delete
  3. sedapnya.. saya pun baru nak berjinak2 dunia baking ni sejak baru beli oven.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila buat sendiri menjadi satu kepuasan...

      Delete

Terima kasih atas komen anda... Jemput ler bertandang lagi..