Thursday 16 August 2018

Ingin Bersantai Di tepi Sungai Yang Jernih? Cubalah Datang Ke Sungai Lopo Village, Hulu Langat.


Alhamdulillah 4hb Ogos 2018 yang lepas, kami sekeluarga berjalan-jalan di hari minggu bersama-sama dengan keluarga pengasuh. Lokasi pilihan kali ni di Sungai Lopo Hulu Langat. Kami memilih chalet dari Sungai Lopo Village kerana betul-betul berhadapan dengan sungai yang jernih.

Ingin Bersantai Di tepi Sungai Yang Jernih? Cubalah Datang Ke Sungai Lopo Village, Hulu Langat.
Family Besar di Sungai Lopo Village


Chalet yang sangat memuaskan. Di dalamnya tersedia 1 bilik air dan 1 katil queen, tilam dan bantal. Keluasan bilik pun sangat berpuas hati. Boleh request untuk dapatkan tilam extra dengan cas yang memadai. Jangan bimbang jika anda datang dengan kuantiti yang agak ramai, kerana Sungai Lopo Village mempunyai banyak Challet yang luas dan murah.

Ingin Bersantai Di tepi Sungai Yang Jernih? Cubalah Datang Ke Sungai Lopo Village, Hulu Langat.
Sungai Lopo Village


Rutin biasa bila bermalam di tepi sungai tak lengkap jika tiada aktiviti berbbq. Alhamdulillah kemudahan tempat (bangsal) dan tempat untuk berbbq turut tersedia. Dapatla malam tu kami berbbq sambil beramah mesra. Yer la sesekali bertemu muka banyak perkongsian cerita dapat di kongsi.

Tapi yang tak boleh tahannya si anak-anak ni, tengok saja air yang jernih mengalir tu menggelupur nak mandi. Kul 11malam baru diorang naik. Ish..ish mati idea dah ibu nak pujuk naik. Sejuk kot. So, memang ibu dah standby omega guard untuk si anak-anak ni. Bimbangla kan ada yang tak tahan dengan sejuk air tu.



Malam tu semua tidur lena. Tak ada masalah dengan nyamuk. Nyaman je rasa. Bagi yang sedang mencari-cari tempat untuk bersantai-santai dengan family memang kakcik syorkan bermalam di Sungai Lopo Village ni. Memang best. Air sungai betul-betul depan pintu.

Cerita-cerita jugak gambar tak ada ke? Maafla gambar tak banyak dari phone kakcik tapi masih boleh di sharekan di sini.

Air yang sejuk dan jernih

Tidak terlalu dalam

Sungai Lopo Village

Anak-anak kecil di tingkat afas

Syok Mandi sungai

Air yang sangat jernih, sejuk dan bersih. Penjagaan kebersihan memang kakcik tabik springla kat owner challet. Setiap 2-3jam sekali datang tengok tong sampah jika dah penuh dan bila ada yang checkout, mereka bersihkan bilik tu dengan sungguh-sungguh. Mereka memang tak biarkan sampah banyak-banyak dalam tong sampah mungkin mengelakkan dari anjing liar datang menyelongkar tong sampah.

Ramai jugak yang datang semata-mata untuk berkelah, sebab di sini ada menyediakan pondok untuk disewa dan jangan bimbang toilet awam juga tersedia. Rate harga memang kakcik tak pasti. Sila hubungi owner sendiri ya.

So, bagi yang tak tahu dah nak pergi mana hujung minggu ni, tryla ke sini. Lepak-lepak tenangkan fikiran. Pilihan yang terbaik di sini tau.

5 Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi Comel Anda.

Ramai ibu muda yang berniat untuk memberi susu kepada bayi secara ekslusive tetapi menemui kegagalan. Ini kerana ramai yang tidak mendapat panduan penyusuan yang terbaik. Kakcik bersyukur kerana mampu menyusukan anak sehingga 2tahun setengah. Tapi kakcik jugak ada masalah sama seperti ibu muda di luar sana. Kakcik selalu minta pandangan dan panduan untuk memberi susu ibu yang berkualiti kerana ada banyak kebaikan penyusuan susu ibu pada si comel kita nanti.

5 Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi Comel Anda.
Kebaikan Susu Ibu Pada Bayi


Sebenarnya banyak rujukan yang boleh kita baca. Antaranya ialah buku pink ibu-ibu dan jugak majalah seperti PAMA / MAMAPAPA. Cubala selak-selak setiap lembaran buku pink dan perkongsian dari ibubapa melalui majalah-majalah, inshaa Allah ilmu penyusuan kita akan membuatkan ibu-ibu lebih bersedia dalam memberi susu ibu pada bayi comel tu.

Banyak kepentingan dalam  penyusuan susu ibu. Samada kepentingan untuk ibu dan jugak untuk bayi sendiri. Kakcik ingin kongsikan kebaikan susu ibu kepada bayi antaranya.

5 kebaikan susu ibu kepada bayi anda.

1.  Sempurna
  • Susu ibu mengandungi semua zat makanan yang mempunyai kualiti tersendiri yang istimewa dan nisbah yang tepat dalam membantu perkembangan dan kesihatan bayi kita.
2. Selamat
  • Susu ibu juga sebagai imunisasi pertama buat bayi kerana kaya dengan antibodi, VitaminA dan E yang dapat mencegah dari infalusi serta alahan terutama ampus.
3. Pencahar
  • Air susu ibu mengandungi kolostrum yang bertindak sebagai pencahar yang menggalakkan pembuangan najis pertama (mekonium) sekaligus dapat membantu mengelakkan masalah kekuningan yang biasanya tejadi di awal minggu pertama selepas kelahiran.
4. Unik
  • Susu ibu ini juga mengandungi 'biofactors' yang khusus untuk perkembangan otak  dan mata bayi kita. Pemberian susu ibu kepada bayi kita juga membantu merangsang daya intelek yang lebih baik.
5. Melindungi
  • Susu ibu juga mengandungi kadar lemak yang bersesuaian yang membantu m lindungi bayi comel dari mengalami masalah kegemukkan dan mengurangkan risiko mendapat penyakit diabetes dan jantung karonari apabila dewasa kelak.

Terlalu banyak kebaikan susu ibu buat bayi, jadi sebaiknya berusahala sekurang-kurangnya bayi dapat eksklusif susu ibu selama 6 bulan. Jika mampu kita boleh memberi susu sehingga lebih 2tahun. Mesti ramai yang mengeluh, bukan tak mahu beri, tapi susu macam tak cukup, bayi kerap lapar, badan ibu sakit-sakit jadi mood menyusu hilang. Paling nak mudah bancuh saja susu formula? Betul ke?

Kakcik pun merasa benda yang sama, penat rushing lari-lari cari masa dan tempat untuk pam (masa tu kakcik bekerja kilang). Tiap-tiap malam tidur  mengiring, penat belakang. Tapi kakcik cuba cari suplemen yang mampu membantu kakcik rasa lebih selesa, lebih lancar, lebih bermood dalam memberi susu kepada bayi-bayi comel kakcik ni.

Suplemen la yang banyak membantu kakcik dalam menjayakan proses penyusuan ini. Suplemen yang kakcik amalkan adalah suplemen set berpantang dan menyusu Shaklee. 

5 Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi Comel Anda.
Set Berpantang dan Menyusu Ibu


Uish banyaknya kakcik? Kenapa? 😊 Ini semua ada fungsi masing-masing sebab badan kita memang tak akan pernah cukup nutrisi so, macam mana kita nak beri susu yang berkualiti pada si comel. Betulkan. Tambah pulak word  "supply and demand" kena sentiasa ingat jadi susu kita akan sentiasa banyak dan sangat cukup untuk bayi kita.

Pilihan terletak di tangan kita sebagai ibu untuk memberi yang terbaik buat simanja. Kesian pada bayi yang sangat memerlukan susu ibu untuk buatkan sistem imun badan mereka kuat. So, jom hasilkan susu yang berkualiti dengan tambahan suplemen shaklee. Ibu boleh hubungi kakcik untuk order ya.


"Mencegah Lebih Baik Dari Merubati"

~ mazffalainey ~
012-6568548
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz