Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Sunday, 12 July 2015

Hantu Durian' Tak Duduk senang paksa beli durian cepat!

Pantang sebut dalam rumah ibu perkataan 'duyan' atau lebih di kenali buah durian. Kenapa ibu kata pantang sebut sebab ada seorang budak tu yang kami gelar hantu durian tak duduk senang mesti kena cari durian saat tu jugak.

Hantu Durian' Tak Duduk senang paksa beli durian cepat!
Ain si hantu durian 

Alhamdulillah loni musim durian kampung banyak dan murah bolehla kami lega sket. Kalu kat shah alam ni boleh jumpa di mana-mana dah. Dulu, kami selalu lepak kat sek20 aduyaiii mahal. Yerla dah bukan musim durian dapat sebijik RM50 hukhukhuk..

Hantu Durian' Tak Duduk senang paksa beli durian cepat!
Ain dan kakak ain
'Hantu durian'


Kerana budak hantu durian tu terpaksala ibu dan papa terketar-ketar keluarkan duit beli sebijik. Itu pun tak cukup katanya. Sekarang sebut aje nak makan kami dah tahu nak p cari area mana. 

Ada yang nak tahu area mana yang ada durian di shah alam ni? Kat sini ibu share tempat yang ibu selalu pergi. 
  1. Seksyen 7 shah alam, dekat area tapak pasar malam sek 7.
  2. Seksyen 18 Shah Alam, depan CIMB bank.
  3. Seksyen 24 Shah Alam, lorong pertama dari uptown shah alam.
  4. Seksyen 20, dekat kawasan lapang menghala ke bulatan sek20.
Setakat ni 4 tempat sahaja yang selalu ibu, papa dan kakak ain si hantu durian ni singgah dan beli. Gambaq kawasan lak tak ada.

Enjoy-enjoy gak, tapi jangan sampai kepanasan nanti ok. Ada yang kata lepas makan durian tak boleh makan ubat bimbang ada kesan sampingan. 

Tapi bagi ibu tak ada masalah sebab ibu tak makan sebarang ubat, cuma ibu konsume suplemen sahaja utk kesihatan tubuh badan. Ada yang berminat nak dapatkan suplemen kesihatan boleh hubungi ibu k. 




~ mazffalainey ~
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz

Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya





Sunday, 7 December 2014

Anak Jatuh Katil Boleh Buat Jantung Ibu Dan Papa Terhenti Sejenak

Anak jatuh katil.... Sememang kejadian anak jatuh katil boleh buat jantung ibu dan papa terhenti sejenak. Baru saja tengok atas katil adik tidur nyenyak.. Tak sampai 2minit lepas tu adik jatuh katil..Walau hanya 2 minit malang tidak berbau...

Adik dahi berbenjol jatuh katil

Bunyi tangisan adik yang kesakitan dan benjolan di dahi, memang tersentap..sian adik... Berbenjol kepala... Tak pernah lagi adik nangis sekuat tu..Apa nak buat??? Tuam... Itu jerk the best way yg boleh kita fikir masa tu bila anak jatuh katil.

Alhamdulillah kami monitor adik setiap masa bimbang kalau-kalau terjadi sesuatu yang tak terduga.. Almaklumla banyak kes anak jatuh katil ni yang mengundang demam panas mengejutla, muntah tiba-tibala, anak pitamla.. Tiap masa tak lekang lagi dari mulut ibu berdoa semoga Allah melindungi anak ibu dari perkara-perkara buruk.

Alhamdulillah adik sihat cuma sejak kejadian adik jatuh katil, adik jadi manja dan kami ibu dan papa ni lak yang fobia tinggalkan adik tidur sorang-sorang atas katil. Anak shaklee ni memang suka menjelajah...sentiasa cari peluang.. Letakla bantal setinggi gunung sekali pun ada aje cara untuk dia keluar dari katil. Bimbangla bila anak jatuh katil.



Sekarang adik sudah sihat...alhamdulillah checkup pada 2 disember 2014 (9bulan) berat adik naik 500g dah 7.7kg..alhamdulillah tiada yang membimbangkan dan gusi adik dah bengkak tanda adik nak tumbuh gigi... Tapi ibu dan papa tetap juga tidurkan adik di tilam bawah sekiranya ibu dan papa ada kerja yang belum disetelkan dan terpaksa tinggalkan adik tidur seorang diri.

Terima kasih Allah, Kau berikan perlindungan pada anak-anakku.

Kepada mereka yang inginkan suplemen shaklee untuk mendapatkan anak yang cergas dan cerdas, boleh terus pm @ watsapp ibu k..

"Mencegah Lebih Baik Dari Merubati"

~ mazmohd ~
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz


Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya




Monday, 10 November 2014

Solat Sunat Dhuha Pembuka Rezeki Senang dan Ringkas

Pernah tak kita terfikir kenapa rezeki lambat nak masuk. Kadang sale kurangla, gaji tak cukupla pernah tak? Pernah tak juga kita melakukan solat-solat sunat yang membolehkan kita rapat dengan Allah yang Maha Pencipta. Tahu tak anda yang solat Sunat Dhuha Pembuka Rezeki?



Mungkin sebenarnya kita tak tahu cara berdoa yang spesifik atau kita tak pernah berdoa memohon pada Yang Maha Memberi, tak pernah meminta yang tepat untuk Allah terima. Tak pernah ambil tahu amalan2 yang sepatutnya kita amalkan dalam kehidupan seharian.



Hari ini saya berbesar hati untuk berkongsi dengan semua tentang amalan solat sunat dhuha. Solat sunat dhuha merupakan pembuka rezeki yang terbaik sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW.


Cara Solat Sunat Dhuha Yang Ringkas.



Solat dhuha merupakan amalan sunat yang digalakkan kita mengamalkannya.

Rakaat: 2,4,6,8 hingga 12 rakaat
Waktu: 10pagi @ antara 7am - 1pm sebelun waktu zohor.
** Solat sunat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.

Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu' : karangan Imam Nawawi).

1. Rakaat pertama takbir " Allahuakbar" dan niat dalam hati:
* sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala.
* baca Al-fatihah
* baca surah pendek pun takpe. ( paling elok surah As-Syams)

2. Rakaat kedua
* baca Al-Fatihah
* baca surah pendek. ( paling afdhal surah Addhuha )
* Tahiyyat akhir & beri salam

3. Doa
* Mohon Allah murahkan rezeki kita, berkati kerja kita.
* Doa apa sahaja, mengadulah pada Allah
* Paling mantap guna doa ini khas untuk waktu Dhuha:

Doa dhuha

Maksudnya:

" Ya Allah,
Sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
Kecantikannya adalah kecantikkan Mu,
Keindahan itu keindahan Mu,
Kekuasaan itu kekuasaan Mu,
Dan Perlindungan itu perlindungan Mu,
Ya Allah,
Jika rezekiku masih di langit,
Turunkanlah, dan
Jika di dalam bumi, keluarkanlah,
Jika sukar, permudahkanlah,
Jika haram sucikanlah,
Dan jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu Dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaan Mu,
Limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba Mu yang soleh..
Amiin ya Rabbal Alamin..




Saya cedok info ini dari blog Fazlinazrin & sumber.

************************************************



"Mencegah Lebih Baik Dari Merubati"

~ mazmohd ~
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz

Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya

************************************************

Friday, 7 November 2014

Janda Baik tempat pilihan terbaik untuk lari dari kesesakkan kerja

Nak cerita pasal apa yer.. Ok nak tanya siapa antara kita semua suka pergi jalan-jalan.. Siapa dah pernah pergi ke Janda Baik? Bestkan... Mereka yang terlalu bekerja, stress, tak tahu nak menghabiskan masa cuti di mana, boleh bersantai di Janda Baik.

List Chalet, Camp, hotel & Resort di Janda Baik

Saya salah seorang yg memang suka berjalan-jalan. Minggu lalu saya, keluarga dan rakan-rakan ofis telah plan untuk bercuti di janda baik. Setelah mencari chalet yg bersesuaian dengan kami yg berkeluarga dan kami telah memilih chalet di chalet Teratak DiHujung Kampung.



Kami telah booking 3 chalet dan 1 homestay. Bertolak dari Gombak 2pm sampai ke Janda Baik pada pukul 3pm. Memang tak memenatkan sebab perjalanan berjalan lancar. Walaupun hujan sepanjang jalan tetapi Alhamdulillah sesampai kami di Chalet Teratak Di hujung Kampung masih belum hujan.








Sungguh memggembirakan sepanjang berada di sana. Perjalanan tak sampai pun 1jam dari Kuala Lumpur. Suasana kampung yang indah dan nyaman.. Teringat kampung halaman.huhuhu...
Kami tak rancang apa-apa aktiviti sebab bimbang hujan tak sempat nak mandi2. Sesampai aje kami terus mandi sungai dan masak untuk mkn petang.





Aktiviti malamnyer, kami berbbQ dan santai tengok lak bola JDT vs PAHANG.... Yum..yum.. Bab makan memang tak leh nak lepaskan..sampai lupa nak snap gambar. Hehehe... Janji kami enjoy.. Tak payah fikir sal kerja, tak payah ingat apa yang boss maki, tak payah kenang keputusan penilaian prestasi boss bagi.

Habiskan masa dengan kawan2 dan family dan buang segala tekanan. Anak-anak gembira kita pun gembirakan... Nak share jugak gambar-gambar kenangan kami kat sana... Jom cuci mata tengok mandi manda.











Hargailah masa anda bersama keluarga. Jaga kesihatan, jaga masa, jaga kegembiraan dn keceriaan merupakan kunci kebahagiaan keluarga kita.




************************************************



"Mencegah Lebih Baik Dari Merubati"

~ mazmohd ~
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz

Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya

************************************************

Sunday, 26 October 2014

Amalan Doa ketika Sakit Bersalin

Menurut tatacara yang disarankan dalam agama islam ketika hendak bersalin bagi mengurangkan kesakitan patut diamalkan oleh semua bakal ibu. Rasa sakit bersalin akan tetap dirasai walaupun proses kelahiran itu mudah. Wanita yang mudah bersalin adalah bernasib baik kerana proses melahirkan pendek berbanding dengan wanita yang terpaksa menanggung sakit bersalin yang agak lama.



Bagi wanita-wanita islam, daya tahan sakit bersalin tinggi kerana keyakinan yang ada di dalam hati dan sentiasa membesarkan Allah S.W.T.



Kesakitan ketika bersalin adalah disebabkan oleh kuncupan rahim untuk memaksa bayi keluar dari rongga punggung ibu. Ini mendatangkan rangsangan kepada urat saraf dan membawa mesej ini kepada saraf tunjang dan seterusnya ke otak.




Sebagai seorang muslim, salah satu cara untuk menahan sakit bersalin iaitu dengan berzikir, beristighfar, mengucapkan nama Allah, bertasbih dan sebagainya, maka Allah akan meringankan kesakitan yg dialaminya.

Doa-doa menjelang bersalin

Jika telah terasa sakit bersalin, hendaklah para ibu hamil membanyakkan baca ayat-ayat Al-Quran. Dia antara ayat yang di amalkan ialah:

1) Surah Al-Anbiyak ayat 87



2) Ayat Kursi / Al-Baqarah ayat 255


3) Surah Al-A'raf ayat 54




4) Surah Al-Falaq



5) Surah An-Nas


Doa Selesai Bersalin Dengan Selamat


Jika bayi yang lahir itu lelaki hendaklah walinya mengucapkan lafaz azan di telinga kanan anaknya.
Jika bayi itu perempuan maka hendaklah mengucapkan lafaz iqamah di telinga kanan anak tersebut.

Semoga para ibu bersedia untuk menghadapi saat bersalin. Walaupun sakit tetapi rasa sakit tu akan hilang bila bayi yang anda kandung 9bulan 10hari itu keluar... Subhanallah..... Sungguh besar pemberian Allah..

Semoga sharing ini berguna untuk semua.

************************************************



"Mencegah Lebih Baik Dari Merubati"

~ mazmohd ~
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz

Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Dam5tai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya

************************************************

Friday, 24 October 2014

Testimoni menggunakan ESP Shaklee sebagai Makanan Tambahan dalam diet harian

Ramai yang sedang menggunakan ESP Shaklee dan telah merasa penangan kehebatannya. Mengenali Esp shaklee yang pernah saya ceritakan pada post ini info ESP SHAKLEE. Kali ini saya ingin berkongsikan Testimoni menggunakan ESP Shaklee sebagai Makanan Tambahan dalam diet harian.

ESP Shaklee yang manakjubkan
Syukur sangat dapat membantu melihat kegembiraan mereka dengan izin Allah serasi dengan produk shaklee terutama ESP. Dengan kejayaan ini boleh merubah keyakinan diri dan kebahagiaan makin terasa.... Alhamdulillah...

Jom baca testimoni mereka....

Testimoni ibu hamil

Testimoni set ambah berat badan

Testimoni ibu menyusu

Testimoni ibu hamil sehingga menyusu

Testimoni ESP untuk Set Kurus

Tetimoni ibu terkena krem ketika hamil

Testimoni esp turun berat badan

Testimoni esp set subur

Testimoni Esp Set kecantikan

Testimoni Esp ekzema

Testimoni Esp set kecantikan

Testimoni Esp nak cantik pelawasan ok

Tumpang gembira melihat kejayaan demi kejayaan mereka atas usaha menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi.

Jika anda diluar sana yang mempunyai masalah yang serupa dan ingin berusaha kearah yang lebih baik.. Saya sedia membantu anda.




************************************************



"Mencegah Lebih Baik Dari Merubati"

~ mazmohd ~
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz

Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya

************************************************