Mungkin sebenarnya kita tak tahu cara berdoa yang spesifik atau kita tak pernah berdoa memohon pada Yang Maha Memberi, tak pernah meminta yang tepat untuk Allah terima. Tak pernah ambil tahu amalan2 yang sepatutnya kita amalkan dalam kehidupan seharian.
Hari ini saya berbesar hati untuk berkongsi dengan semua tentang amalan solat sunat dhuha. Solat sunat dhuha merupakan pembuka rezeki yang terbaik sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW.
Cara Solat Sunat Dhuha Yang Ringkas.
Solat dhuha merupakan amalan sunat yang digalakkan kita mengamalkannya. |
Rakaat: 2,4,6,8 hingga 12 rakaat
Waktu: 10pagi @ antara 7am - 1pm sebelun waktu zohor.
** Solat sunat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu' : karangan Imam Nawawi).
1. Rakaat pertama takbir " Allahuakbar" dan niat dalam hati:
* sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala.
* baca Al-fatihah
* baca surah pendek pun takpe. ( paling elok surah As-Syams)
2. Rakaat kedua
* baca Al-Fatihah
* baca surah pendek. ( paling afdhal surah Addhuha )
* Tahiyyat akhir & beri salam
3. Doa
* Mohon Allah murahkan rezeki kita, berkati kerja kita.
* Doa apa sahaja, mengadulah pada Allah
* Paling mantap guna doa ini khas untuk waktu Dhuha:
Doa dhuha |
Maksudnya:
" Ya Allah,
Sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
Sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
Kecantikannya adalah kecantikkan Mu,
Keindahan itu keindahan Mu,
Kekuasaan itu kekuasaan Mu,
Dan Perlindungan itu perlindungan Mu,
Ya Allah,
Jika rezekiku masih di langit,
Turunkanlah, dan
Jika di dalam bumi, keluarkanlah,
Jika sukar, permudahkanlah,
Jika haram sucikanlah,
Dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu Dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaan Mu,
Limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba Mu yang soleh..
Amiin ya Rabbal Alamin..
Saya cedok info ini dari blog Fazlinazrin & sumber.
************************************************
"Mencegah Lebih Baik Dari Merubati"
~ mazmohd ~
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz
Page: Vitamin Sihat
Email: mazmohd1551@gmail.com
Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya
************************************************
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda... Jemput ler bertandang lagi..