Showing posts with label Kesihatan menyeluruh. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan menyeluruh. Show all posts

Wednesday, 15 February 2017

Atasi masalah tekanan kerja yang memenatkan dengan Suplemen hebat.

Setiap pekerjaan tu ada pelbagai tekanan. Kerja kakcik kat kilang ni sebagai juruteknik proses aje takdela kerja guna kudrat nak angkat berat ke nak repair mesin ke.

Cuma tekanan kerja tu datang berbeza-beza. Bila datang kerja yg banyak bertimbun, nak makan pun tak sempat. Tapi bila datang rilex, semua orang duk mengata kami ni rilex aje tak buat kerja. Kerja camni penat kepala aje.

Atasi masalah tekanan kerja yang memenatkan dengan Suplemen hebat.

Udah-udah ler merepek ya kakcik. Balik kepada cerita, dah hampir 9tahun kakcik bersama kilang ni macam-macam rasa dah ni. Penat, rilek, stress, marah, enjoy bila balik umoh mcm zombie.. Xlarat nak angkat kaki dah.. Nak baring aje penattttt... Itu dulula...

Skang ni, kakcik amik suplemen untuk kurangkan rasa penat tu. Yang paling asasla kakcik amik, malam Ostematrix. Segala lenguh badan alhamdulillah hilang. Badan pun bangun esoknya segar aje. Breakfast sebelom pergi kerja amikla ESP + Meal shake + Performance Drink shake-shake kasi gebu skit. Ni dapat kekalkan tenaga dari lemau aje di tempat kerja.

Lepas makan pagi/tengahari kakcik akan amik Bcomplex dan SR Vita C ni utk kawal tekanan dan beri tenaga lagi utk kakcik pastu nak cantikkan kulit dan protect dari sebarang penyakit. Duduk dalam aircond, mudahla berkongsi segala penyakit, so kakcik cuba protect diri.

Kalu ikutkan sebenar-benarnya sebelom 2 minggu ni kakcik amik banyak lagi, 

Vivix
Alfalfa
Lecithin
Herblax
Collagen powder
Garlic complex
Peppermint ginger plus
Vita E
Omega guard

Tapi terpaksa diberhentikan seketika untuk dapatkan "pengesahan". Hehehehe
Bila dah confirm nanti kita ubah suplemen lain yg lebih sesuai. Skang ni cuma encik hubby aje yg consume vivix ku itu.. Huhuhuhu

Kerja banyak-banyak kena punya badan yng sihat dan kuat. Baru kita enjoy setiap hri. Nak dapatkan suplemen premium?
Hubungi kakcik ya.

Whatsapp +6012 6568 548
Whatsapp +6012 6568 548

#Shakleeshahalam #tsunamishaklee #9gemilang #tsunamiG7

Monday, 26 December 2016

Kenapa Perlu Suplemen Dalam Diet Kita Sekeluarga, Memadai Dengan Sayur dan Buah kan?

"Makan sayur sahaja dah cukup dah tak payahlah gatal-gatal nak telan suplemen banyak-banyak buat apa. Sayur dah ada pelbagai nutrisi dah pun kan?"
Betul tu kakcik tak tipu bab tu "sayur memang ada banyak nutrisi" untuk keperluan tubuh badan kita. Bagus bagi mereka yang peka bab ni. Kenapa Perlu Suplemen Dalam Diet Kita Sekeluarga, Memadai Dengan Sayur dan Buah kan?

Kenapa Perlu Suplemen Dalam Diet Kita Sekeluarga, Memadai Dengan Sayur dan Buah kan?
Buah-buahan & Sayur-sayuran


Tapi kena ingat adik, akak semua, sayur ni kena jugak pilih tau. Kalau kita tanam sendiri kat belakang rumah, sihat subur tanpa baja2 kimia tu, #alhamdulillah. Tapi yg duk jual kat kedai tu rasa-rasa ok tak? Bebas bahan kimia tak? Nutrisi kita dapat tu lengkap tak?

Kenapa Perlu Suplemen Dalam Diet Kita Sekeluarga, Memadai Dengan Sayur dan Buah kan?
Cara Basuhan Sayur & Buah ok ke?


Tak masuk lagi cara basuhan dan cara masak sayur tu. Adakah cara basuhan sayuran dan buah-buahan kita selama ni betul? Adakah kita yakin sayur kita bebas "pesticides". 

Banyak petua untuk hilangkan bahan-bahan kimia pada buah dan sayuran antaranya rendam dengan air garam, rendam ngan air cuka dan ada rendan dengan Basic-H. Tapi cara tu semua kita buat ke?

Bagaimana mereka yang lebih banyak masa makan dekat luar rumah. Rasa-rasa nutrisi kalian cukup? Betul ke tak perlu tambah suplemen? Di sinila suplemen memainkan peranan. Memenuhi keperluan diri yg lopong akibat pencemaran ni.. 

Kenapa nak kena amik suplemen shaklee bukan suplemen lain? Ini sebab suplemen shaklee terbukti semulajadi dan berkesan pada tubuh badan kita dalam memberi kesihatan berpanjangan. Terbukti dengan Landmark studynya dan kajian-kajian yg di jurnalkan.

Kenapa Perlu Suplemen Dalam Diet Kita Sekeluarga, Memadai Dengan Sayur dan Buah kan?
Landmark Study

Di situ kita dah tau yang mana suplemen yg terbaik buat kita sekeluarga. Pesanan kakcik berhati-hati dalam pemilihan suplemen juga ya bukan sahaja memilih dalam pembelian sayuran dan buah-buahan.

Dapatkan suplemen untuk memenuhi keperluan badan anda. Pilihla shaklee ya!

Whatsapp kakcik --> +6012 6568 548

It starts with you!

012 656 8548
012 656 8548

#pengedarshakleeshahalam
#tsunamishaklee
#tsunamiG7
#9gemilang
#shakleeeffect
#liveamazing
#emeraldswift
#projekjanaincome
#greatsid
#ShakleeShahAlam

Saturday, 8 August 2015

Peringatan buat mereka yang berusia 40tahun yang telah menjangkau dan bakal melalui usia tersebut.

Terbaca tazkirah ini diruang muka buku seorang sahabat terasa ingin berkongsi dengan semua supaya menjadi peringatan terutama buat mereka yang menjangkau usia 40tahun.

Peringatan buat mereka yang berusia 40tahun yang telah menjangkau dan bakal melalui usia tersebut.


Ramai tidak sedar dalam Al Quran ada menyentuh tentang usia 40an

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِع..ْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ (١٥) الاحقاف

Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa:
“Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”
Al Ahqaf: 15

وفى تفسير ابن كثير: وهذا فيه إرشاد لمن بلغ الأربعين أن يجدد التوبة والإنابة إلى الله - عز وجل - ويعزم عليها.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah 'Azza wa Jalla dengan bersungguh-sungguh.

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Doa yang menggambarkan jiwa yang bersyukur dalam menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal, yang telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah Ta'ala.

Dalam ayat yang lain.....
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ (٣٧)
Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?
Al Fathir: 37

عن مجاهد قال : سمعت ابن عباس يقول : العمر الذي أعذر الله إلى ابن آدم : ( أولم نعمركم ما يتذكر فيه من تذكر ) أربعون سنة .
Mujahid berkata, aku mendengar daripada Ibnu Abbas berkata :
" Usia yang Allah beri peringatan kepada anak Adam dengan
( أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ ) ialah 40 tahun.

عن مسروق أنه كان يقول : إذا بلغ أحدكم أربعين سنة ، فليأخذ حذره من الله عز وجل .
Masruq berkata :
" Apabila seorang kamu berumur 40 tahun, maka ambillah peringatan daripada Allah Azza wa Jalla ".

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian.

Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi SAW seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
عن ابن عباس قال أنزل على رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو ابن أربعين فأقام بمكة ثلاث عشرة وبالمدينة عشرا وتوفي وهو ابن ثلاث وستين قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح
“Diturunkan wahyu Rasulullah SAW pada usianya 40 tahun, lalu baginda tinggal di Makkah 13 tahun dan di Madinah 10 tahun, dan wafat pada usianya 63 tahun".
HR Tirmizi

Ibnu Abbas RA dalam suatu riwayat berkata:
من أتى عليه أربعون سنة ولم يغلب خيره شره فليتجهز إلى النار
“Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir.
( قيل للشافعي - رحمه الله - : ما لَكَ تُكثر من إمساك العصا وأنت لست بضعيف ؟ قال : لأتذكر أني مسافر )
Justeru...apa yang perlu dilakukan menjelang usia 40 tahun...
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan kekuatan ruhiyyah
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah dan perjuangan.

Sedikit tazkirah... Khas utk kita yg ke arah, di alam, di hujung dan telah melewati 40an.
Selamat berhujung minggu semua. Jagalah kesihatan anda untuk melakukan ibadah dengan lebih sempurna.



"Mencegah Lebih Baik Dari Merubati"

~ mazmohd ~
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz


Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya