Saturday 28 March 2015

Resepi Kek Coklat Istimewa untuk Kakak Ain

Sambungan dari story ibu semalam sambutan hari lahir kakak ain, ibu nak kongsikan resepi kek coklat istimewa untuk kakak ain. Resepi kek coklat ini senang sahaja dan tak memerlukan oven cuma perlukan peralatan kukusan.

Kek Coklat Istimewa kakak Ain
Bila ibu dah share resepi ni, jangan segan silulah korang semua nak buat yer.. Sedap. Pasti tak menyesal punya. Ok, kita teruskan kepada bahan-bahan dan cara membuat kek coklat istimewa.

Resepi Kek Coklat Istimewa

Bahan-bahan:-

A

2cawan Tepung gandum
1cawan serbuk coklat
1sdk Baking Powder
1sdk Soda Bikarbonat

B

3biji telur
1cawan gula (halus @ kasar ikut selesa)
1cawan susu pekat manis
1cawan minyak (guna minyak masak pun boleh)

C

1cawan air panas

Cara-cara membuat kek coklat istimewa:-
  1. Bahan A hendaklah di ayak dan ketepikan.
  2. Untuk bahan B, pukul telur bersama gula sehingga kembang dan lembut. 
  3. Masukkan susu pekat dan minyak satu persatu, pukul lagi sehingga sebati.
  4. Setelah sebati, masukkan bahan A yang di ayak tadi perlahan-lahan. Tak perlu guna mixer pun, just guna kaedah kaup balik.
  5. Setelah semua sebati baru masukkan air panas tadi. Proses ni kena berhati-hati, bimbang terkena air panas tak pasal2 melecur lak.
  6. Tuangkan kedalam loyang dan bungkus dengan plastik @ tutup loyang menggunakan aluminium foil untuk mengelakkan kek kita terkena air wap.
  7. Pastikan air kukusan tadi sudah mendidih sebelum memasukkan loyang. 
  8. Kukus dengan api perlahan selama 2jam atau sehingga masak.
Bahan-bahan2 kek coklat istimewa ni simple aje. Cuma nak tunggu 2 jam tu yang memerlukan sedikit semangat. Untuk menghasilkan kek yang lembut dan sedap kena banyak bersabar.

Eh, nak tau tak topping ibu buat camne? Senang aje..

Topping Kek Coklat Istimewa

Bahan:-

1cawan susu pekat
1/2 cawan gula
1/2 cawan serbuk coklat
1cawan susu cair
3sdk mentega

Cara-cara:-
  1. Campurkan semua bahan tadi dalam periuk.
  2. Panaskan periuk tadi dan kacau sehingga likat.
  3. Setelah mendapat kelikatan yang di kehendaki, bolehla tuang ke atas kek yang telah di sejukkan terlebih dahulu.
  4. Hias mengikut kreativiti dan keinginan korang semua.

Alhamdulillah bahagia sangat bila anak-anak kecil kita gembira tengok kek depan mata. Huhuhu bukan birthday dia pun dia dah excited sangat.
Ibu pun kena gembira selalu tak mahula letih-letih biar anak tahu ibu buat kek khas untuk dia. Busy dengan kerja, busy dengan biz shaklee tapi ibu nak anak-anak ibu tahu ibu sayang korang k.


"Mencegah Lebih Baik Dari Merubati"

~ mazmohd ~
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz

Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda... Jemput ler bertandang lagi..