Saturday, 10 June 2017

Takut Buka Buku Pink, Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung Kerana Masalah GDM?

Gembira bila dapat tahu yang kakcik dah hamil. Tapi almaklumla dah anak ke-3 ni jadi  ada malas nak buat buku pink atau buku rekod kesihatan ibu mengandung tu awal-awal. Tapi bila kakcik buat buku tu pada usia 16 minggu, segalanya berubah.

Berat kakcik dah masuk ‘overweight’ alamak. Macam biasa procedure klinik akan minta kakcik buat test MGTT atau kita lebih kenal dengan minum air gula yang mengerikan tu. Sebab tu jugala ramai para ibu hamil yang takut buka buku pink, buku rekod kesihatan ibu mengandung kerana masalah GDM ni.

Takut Buka Buku Pink, Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung Kerana Masalah GDM?
Buku-Pink-Rekod-Kesihatan-Ibu

Walaupun ngeri kakcik buat juga tak ada tipu-tipu ya. Last makan sebelum pukul 10 malam dan esoknya pergi ke klinik untuk minum air gula. Jika result ok, kita tak akan dihubungi tapi kalu result menunjukkan yang kita ada masalah, pihak klinik akan hubungi kita untuk melakukan BSP (4kali cucuk amik darah tu).

Itulah yang terjadi pada kakcik. Pagi minum air gula, petang tu dah dapat panggilan untuk buat BSP secepatnya. Risau sungguhla kakcik, sebab tak pernah alami masalah seperti ini sepanjang hamilkan kakak Ain dan adik Auni.

Result-MGTT

1st test BSP result kakcik rasa sangat teruk. Yes memang tepat bila jumpa doctor esoknya menjangkakan yang kakcik ada GDM. Gelap gulita harapan hati ni tau. Macam-macam yang duk fikir. Doctor beri peluang lagi untuk test BSP dan minta kakcik hadiri kelas pemakanan bagi ibu-ibu yang ada masalah GDM ni.

2nd test pun result tidak menyebelahi kakcik walau kakcik rasa dah kawal cara makan dan pengambilan gula. Sebelum doctor decide untuk beri kakcik appointment untuk suntikan insulin, doctor beri satu lagi peluang untuk kakcik test BSP.

Kali ni kakcik siap list lagi apa yang kakcik makan, minum air kosong berapa liter, berapa kali kakcik makan. Totally kakcik ubah habit pemakanan kakcik, dari suka makan fastfood, minum air ais, minum kafein, minum minuman dalam tin kepada makan nasi putih dalam potion yang sedikit, banyakkan sayur hijau, makan ikan atau ayam yang dimasak secara bakar atau stim.

Kakcik Konsisten amik suplemen Set hamil shaklee rahsia kecergasan ibu hamil. Set hamil Shaklee ni untuk beri nutrisi yang lebih lengkap pada badan dan bayi dalam kandungan ni. Kakcik jugak dah selesa makan sayur mentah dengan kuantiti yang luar biasa.

Takut Buka Buku Pink, Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung Kerana Masalah GDM?
Result-BSP

Test BSP yang 3rd, setiap reading menunjukkan yang kakcik tiada masalah dah. Syukur sangat pada Allah sebab ‘tegur’ kakcik awal-awal pasal GDM ni. Takutla sebab kakak dan adik ipar jugak ada pengalaman seperti ni.

Sekarang ni dah bulan puasa dan kakcik masih kena test BSP 2minggu sekali untuk pastikan kakcik benar-benar bebas dari masalah ini. Encik suamila insane yang tak pernah berhenti support kakcik, kawal setiap apa yang kakcik makan. Yerla kan nafsu ibu hamil ni kadang-kadang luar biasa semua kita nak. Lebih-lebih lagi bila balik kampong dan pergi jalan-jalan ke bazaar.

Takut Buka Buku Pink, Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung Kerana Masalah GDM?
Makanan-setiap-hari


Kakcik harap sangat-sangat yang kakcik bebas dari GDM ni. Takut sebab ini akan beri kesan pada bayi yang kakcik kandung ni. Alhamdulillah sampai ke hari ini kakcik masih mampu berpuasa tanpa rasa penat dan lapar.

Adik baby dalam perut pun pandai puasa hehehe. Ini mungkin masa sahur dan berbuka kakcik amik banyak sayur dan lauk berbanding nasi putih atau roti. Dan kakcik jugak bancuh ESP dengan campuran PD untuk beri kakcik dan baby rasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari.


Sebenarnya mengandung bukan membenarkan kita makan berganda, tapi mengajar kita untuk pandai kawal portion makanan berkhasiat dan kekerapan pengambilan makanan. Yang paling penting jangan culas nak makan suplemen ibu hamil ya.

Doakan ujian BSP kakcik cantik dan kakcik bebas GDM. Ibu yang masih sangkut GDM cuba cek balik betul tak kita follow apa yang pakar pemakanan bagitahu.

Ikut setiap menu yang diberikan. Banyak kebaikannya bila kita kawal cara makan kita. Kakcik dan baby nak rehat sekejap. Nanti kakcik cuba share apa kesan GDM pada bayi dan ibu ya.



Jika perlukan suplemen untuk lengkapkan nutrisi sebagai persiapan diri menyambut orang baru bolehla hubungi kakcik.

+6012 6568 548
+6012 6568 548


Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz


Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda... Jemput ler bertandang lagi..