Saturday, 8 August 2015

Merancang Untuk Hamil - 3 Langkah Awal Sebelum Hamil Untuk Anda Lebih Bersedia.

Sudah beberapa tahun berkahwin dan sekarang dah tiba masa untuk berusaha untuk menimang cahaya mata. Jadi apa langkah awal adik akak abang bro semua? Kenapa kena ada langkah awal sebelum hamil ni.

Bersedia untuk hamil?

Ini semua untuk kebaikan semua adik akak abang bro semua, baik untuk anak comel nanti dan baik untuk bakal ibu. Almaklumla sekarang ni keadaan terlalu banyak sangat pencemaran dari segi udara, alam sekitar, pemakanan dan sosial.

Merancang untuk hamil - 3 langkah awal sebelum hamil untuk anda lebih bersedia.
Persiapan kehamilan

Antara langkah awal sebelum hamil yang terbaik untuk para bakal ibu ayah persiapkan adalah seperti berikut.

1) Makanan yang Sihat

Pengambilan Asid Folik


Merancang untuk hamil - 3 langkah awal sebelum hamil untuk anda lebih bersedia.
Penting Asid Folik

  • Sebenarnya apabila kita telah mula membuat keputusan untuk hamil, kita perlu amik suplemen folik asid yang mengandungi 400mcg sehari. 
  • Kita digalakkan amik suplemen ini 3bulan sebelum hamil.  
    Merancang untuk hamil - 3 langkah awal sebelum hamil untuk anda lebih bersedia.
    Risiko kurang asid folik
  • Folik asid baik untuk menghalang bayi daripada mengalami masalah seperti spina bifida dan ketidaksempurnaan tempurung kepala. 
  • Selain dari suplemen, kita boleh amik sumber folik asid melalui bayam, brokoli atau makanan yang kaya dengan asid folik seperti bijirin sarapan pagi dan roti.

Pemakanan

Merancang untuk hamil - 3 langkah awal sebelum hamil untuk anda lebih bersedia.
Nutrisi lengkap untuk persediaan hamil

  • Apabila kita bercadang untuk hamil, kita semak balik menu yang kita makan hari-hari berkhasiat atau sebaliknya. 
    Merancang untuk hamil - 3 langkah awal sebelum hamil untuk anda lebih bersedia.
    Vitamin B baik untuk pembentukkan sel
  • Kita digalakkan mempelbagaikan makanan yang berkhasiat dan segar terutama buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan kumpulan vitamin B untuk pembentukkan sel.
  • Jangan lupa juga serat, daging, kekacang dan produk tenusu.
  • Elakkan dari makanan yang mengandungi gula yang tinggi dan berkabohidrat. Ini kerana boleh mengganggu proses penghasilan telur wanita.

2) Penyingkiran gaya hidup Negatif

Merancang untuk hamil - 3 langkah awal sebelum hamil untuk anda lebih bersedia.
JAUHI AMALAN INI


Jauhi Rokok 
  • cuba jauhkan dan berhenti merokok atau setidak-tidaknya mengurangkan kuantiti rokok yang di ambil.
  • Merokok akan memberi kesan kepada kualiti sperma.
Elakkan Alkohol
  • Pengambilan alkohol ibarat anda mengurangkan peluang untuk hamil.
  • Jangan rosakkan kebahagian anda dengan minuman yang beralkohol ini k.

3) Senaman

Merancang untuk hamil - 3 langkah awal sebelum hamil untuk anda lebih bersedia.
Senaman bersama terbauk

  • Lakukan senaman secara berkala untuk membantu tubuh kekal cergas.
  • Akan merangsang hormon terutama hormon berkaitan kehamilan untuk menjalankan fungsinya dengan baik.
  • Kita perlu pastikan tubuh benar-benar cergas kerana apabila kehamilan bakal menambah beban kepada tubuh.
  • Bersenamlah sekurang-kurangnya 30minit setiap hari.

Merancang untuk hamil - 3 langkah awal sebelum hamil untuk anda lebih bersedia.
Bukan Seks semata-mata

Jadi ingatlah bahawa merancang kehamilan bukan semata-mata mengadakan hubungan seks pada hari subur. Tetapi kesihatan luar dan dalam amat penting untuk anda berdua.

So, dah tiba masa adik akak abang persiapkan diri untuk lebih bersedia untuk menerima kehamilan nanti.

Set Kesuburan Premium

Produk shaklee telah menyediakan Set Kesuburan Premium yang membantu pasangan dalam memenuhi nutrisi sebelum hamil.

Lengkap dengan asid folik, iron, vitamin B complex, kalsium, dan multivitamin. Set yang sangat jimat kerana boleh consume sehingga menyusukan bayi.

Ingin membuat tempahan atau sebaramg pertanyaan boleh terus wassap/pm/sms di no yang saya beri di bawah k.

Antara link yang terbaik:-
  1. 5 Tip Cepat Hamil
  2. Selesaikan masalah kesuburan suami

"Mencegah Lebih Baik Dari Merubati"

~ mazmohd ~
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz


Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya

Wednesday, 5 August 2015

7 Langkah elak baby comel gigit puting ibu ketika menyusu.

Ibu-ibu di luar sana ada alami masalah puting luka disebabkan bayi comel gigit puting ibu ketika menyusu? Bayi comel yang sedang alami gatal gusi @ yang mendapat gigi pertama memang sangat suka menggigit puting payudara secara sengaja @ tidak sengaja.

7 Langkah elak baby comel gigit puting ibu ketika menyusu.
Bayi comel

Ini boleh mengakibatkan puting sakit dan luka. Ini jugak boleh mengganggu ibu untuk meneruskan penyusuan eksklusif.
Jom ibu-ibu kita cuba elakkan gigitan bayi ketika menyusu.

  1. Alihkan bayi - ibu digalakkan untuk mengalihkan bayi secara perlahan-lahan dan di galakkan juga berkata pada bayi tentang perasaan ibu seperti "sayang ibu, jangan gigit ibu tau, sakit ibu". Biarkan bayi berbaring sendirian sebelum ibu menyambung semula sesi penyusuan. Ini mengajar anak apabila dia menggigit dia takkan dapat menyusu.    
    7 Langkah elak baby comel gigit puting ibu ketika menyusu.
    Tekap muka bayi dengan lembut
  2. Tekapkan muka - tekap muka bayi dengan merapatkan payudara pada mukanya ini akan membuatkan bayi rasa lemas dan susah bernafas yang membuatkan bayi membuka gigitan tadi. Lakukan setiap kali bayi nak menggigit jadi bayi akan tahu setiap kali dia menggigit, dia akan mengalami masalah susah nak bernafas.  
  3. Ketahui Punca - untuk mengelakkan gigitan bayi ibu kena mengenal pasti punca bayi sering menggigit. Berkemungkin, bayi menggigit sebab SUSU TIDAK CUKUP!! Bila dah tahu punca baru boleh cuba selesaikan masalah ni, antaranya tekapkan payudara dengan tuala suam sebelum menyusu untuk melancarkan pengeluaran.
  4. Amati corak penyusuan - para ibu mesti lebih peka untuk berhentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda-tanda akan menggigit.  
    7 Langkah elak baby comel gigit puting ibu ketika menyusu.
    Leraikan dengan Jari
  5. Leraikan dengan jari - segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulutnya bagi meleraikan dia dari payudara, jika dia mula memggigit. Jangan sesekali ibu leraikan tanpa masukkan jari sebab boleh mengakibatkan kecederaan pada puting payudara.     
    7 Langkah elak baby comel gigit puting ibu ketika menyusu.
    Gigit mainan lembut
  6. Gigit alat lain - cara hilangkan gatal gusi bayi dengan memberi alat untuk menggigit seperti teether @ tuala kecil yang dibekukan dalam peti sejuk beku. Ini adalah salah satu alternatif untuk elak bayi gatal gusi dan dari terus menggigit.
  7. Elak Menjerit - cuba elakkan dari menjerit ketika bayi menggigit. Malah jangan sesekali ibu-ibu memukul @ menampar pipinya. Ini akan membuat bayi takut dan tidak mahu menyusu lagi.
Memang rasa nak marah, nak jerit dan ada ibu sampai menangis setiap kali bayi menggigit ketika menyusu tapi apa sahaja yang kita buat ni akan mengganggu proses penyusuan eksklusif.


Banyak cara nak elak sakit bila digigit antaranya ibu boleh gunakan perisai puting (nipple shield) dan pastikan juga posisi bayi ketika menyusu selesa.

Untuk elakkan puting ibu luka berpanjangan, selesai sahaja ibu menyusukan bayi amik beberapa titik susu sapu pada puting dan urut bahagian berkenaan secara lembut. Inshaa Allah luka puting mudah sembuh dan takkan sakit bila next sesi menyusu.

7 Langkah elak baby comel gigit puting ibu ketika menyusu.
Zinc Complex

Ada ibu yang luka puting sehingga bernanah. So, ini kena refer doktor @ ibu boleh cuba suplemen zinc complex yang membantu menyembuhkan luka dengan cepat.

7 Langkah elak baby comel gigit puting ibu ketika menyusu.
Herbal Blend

Dan ibu boleh juga amalkan sapu herbal blend untuk kurangkan sakit. Lagipun herbal blend selamat dan semulajadi. Terjamin selamat walau kita sendiri lupa nak basuh dulu sebelum bayi menyusu.

Lahirkan rasa kasih sayang dan rangkul anak-anak dengan penuh rasa tanggungjawab.





"Mencegah Lebih Baik Dari Merubati"

~ mazmohd ~
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz


Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya