Friday, 14 August 2015

Kenali 9 Tanda Awal Kanser Supaya Kita Boleh Berikhtiar Untuk Kekal Sihat

Ngeri betul ibu bila bercakap pasal kanser. Takut sangat, sebab dulu lagi kita terlalu amik mudah pasal kesihatan diri. Makan ikut sedap mulut, bersenam ikut mood, pemeriksaan kesihatan langsung tak buat. Kenali 9 tanda awal kanser supaya kita boleh berikhtiar untuk kekal sihat.

Kenali 9 Tanda Awal Kanser Supaya Kita Boleh Berikhtiar Untuk Kekal Sihat
Hidup Sihat Bebas Kanser

Lebih-lebih lagi bila ada anak ni mula terpandang dan terfikir semua ni. Takut penyakit yang terkenal dengan "pembunuh senyap" ni terkena ada diri, tak sempat nak tengok anak-anak membesar. Nauzubillah.



Jom kenali apa itu kanser.

Kenali 9 Tanda Awal Kanser Supaya Kita Boleh Berikhtiar Untuk Kekal Sihat
Sel kanser


Kanser ni merupakan sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan kita. Tumor pula adalah satu kumpulan sel kanser, boleh membesar dan merebak dalam badan jika tidak dirawat. Tumor merebak melalui saluran sarah dan limpa.

Sel kanser sukar untuk kelihatan dalam ujian @ pemeriksaan piawaian sehingga sel kanser berganda ke beberapa juta. Itupun sel kanser ni boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.

Kenali 9 Tanda Awal Kanser Supaya Kita Boleh Berikhtiar Untuk Kekal Sihat
Jangan amik mudah dengan sakit


Ramai antara kita hari ni ibu percaya terlalu amik lewa tentang kesihatan walhal kita mungkin sudah terdedah dengan 'kanser'. Biasanya kalau ada sakit-sakit sikit kita selalu mengharapkan itu hanya sakit biasa yang boleh sembuh dengan hanya telan panadol.

Ibu rasa mulai hari ni ibu rasa kita semua kena buat pemeriksaan susulan apabila kita sudah kenal gejala awal kanser. Mudah kita buat persediaan awal.

Tanda-tanda Awal Kanser Mengelak perkara Buruk Berlaku.

1. Sakit @ Senak Perut.
  • Ini adalah salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah sering kali mendapat / mengalami sakit perut tanpa sebab.

2. Perut Kejang & Sakit Perut Berterusan.
  • Ini merupakan tanda awal kanser hati, mungkin juga leukimia kerana pada ketika ini limpa sedang membesar dan menekan bawah perut sebelah kiri.
  • Sebaiknya jika kita mengalami sakit perut dan ianya bukan berpunca dari salah makan @ masalah pencernaan, langkah terbaik adalah berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh serta 'ultrasound'.

3. Perut Berasid @ Mudah Kenyang @ Penuh
  • Ini tanda paling lazim untuk kanser perut. Sakit di bahagian abdomen atas @ pertengahan perut.
  • Perut terasa penuh gas dan kerap pedih hulu hati. 
  • Biasanya berlaku selepas makan dan rasa kenyang walau makan sikit saja.
  • Sakit yng tidak tahu punca @ sakit di sebelah bawah perut kanan boleh menjadi tanda awal kanser hati.

4. Kerap Demam @ Mudah Terkena Jangkitan.
  • Tanda ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dari dalam sum-sum tulang.
  • Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal dan mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan @ keupayaan melawan penyakit.

5. Muka Membengkak
  • tanda ini biasanya mereka yang mengidap kanser paru-paru. Mengalami bemgkak @ kemerah-merahan pada muka.
  • Terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah mengair dengan bebas daripada kepala dan muka.

6. Ketulan @ Nodus Limfa membengkak.
  • Biasanya terjadi di kawasan leher, ketiak @ pangkal paha, pembesaran limfa di leher @ ketia kadang-kadang tanda tiroid, kanser otak @ kanser tekak.
  • Bmgkak yamg tidak memyakitkan pada leher, ketiak @ pangkal paha ialah tanda awal leukemia.

7.  Lebam Teruk @ Pendarahan yang tidak berhenti.
  • Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah, menjadi tanda leukemia.
  • Tanda-tanda seperti gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di jari dan tangan.
  • Sel-sel leukemia mengerumuni sel darah merah dan platelet sehingga merosakkan keupayaan darah untuk bawa oksigen dan beku.

8. Pendarahan Rekrum @ Darah Dalam Najis.
  • Kebanyakkan pesakit menganggap ini hanyalah sakit buasir walhal mereka mengidapi kanser kolorektal

9. Puting payudara bersisik @ mengeluarkan cairan.
  • Tanda awal yang di alami oleh pesakit kanser payudara ialah ada ketulan benigma dikawasan puting.
  • Tanda lain ada tompok merah, bersisik, kulit lekuk @ perubahan pada puting termasuk kedalam dan memgeluarkan cairan.
  • Lelaki juga boleh mendapat kanser payudara tau! Merwka mengalami satu keadaan di panggil gynecomastia.

Ibu minta sangat pada semua jangan amik mudah apa saja sakit yang kita alami. Jika berlarutan dan tidak tahu punca, sila buat pemeriksaan lanjut k.. 

Jaga kesihatan anda semua tau. Jangan biarkan kita semua tidak dapat melihat anak-anak meningkat dewasa, jangan sampai anak-anak kehilangan kita di awal usianya.

Related link :- Merawat kanser secara semulajadi

Kenali 9 Tanda Awal Kanser Supaya Kita Boleh Berikhtiar Untuk Kekal Sihat
Mampu melumpuhkan kanser


"Mencegah Lebih Baik Dari Merubati"

~ mazmohd ~
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz


Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya


1 comment:

  1. ANTARA KANSER YANG MAMPU DIRAWAT DAN BERJAYA DIUBATI :

    KANSER PARU-PARU
    KANSER USUS BESAR
    KANSER SERVIKS/PANGKAL RAHIM
    KANSER PUNDI KENCING
    LEUKIMIA
    KANSER REKTUM/DUBUR
    KANSER TULANG
    KANSER OTAK
    KANSER OVARI
    KANSER HATI
    KANSER NODUS LIMPA/LYMPHOMA
    KANSER PAYUDARA
    KANSER RAHIM
    KANSER PROSTAT
    KANSER PERUT
    KANSER PANKREAS
    KANSER PITUITARI
    KANSER KELENJAR LIUR
    KANSER VAGINA/FARAJ
    KANSER KULIT
    KANSER MULUT
    KANSER HIDUNG
    KANSER TIROID
    KANSER TEKAK
    KANSER TESTIS
    KANSER ESOFAGUS/SALUR MAKAN
    KANSER HEMPEDU/SALUR HEMPEDU
    DAN LAIN-LAIN KANSER

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda... Jemput ler bertandang lagi..