Bestkan bila sentuh kulit bayi gebu, lembut dan nyaman sangat. Keceriaan mereka buat kita senang. Tapi kesian bila ada bayi yang di serang ruam lampin, hilang keceriaan mereka.
Jika bayi kita kerap menangis terutama apabila terkena air ketika mandi berkemungkinan tinggi bayi kita terkena ruam lampin.
Sebagai ibu kita tidak boleh biarkan sahaja tanpa sebarang rawatan kerana risiko untuk jangkitan yang lebih serius tinggi untuk bayi.
Ruam lampin disebabkan oleh kegatalan kulit yang berlaku apabila bahan kimia air kencing mula di pecahkan oleh kuman-kuman. Pada mulanya kulit akan menjadi bintik-bintik merah dan lembap. Kemudian kulit menjadi tebal dan berkedut dan seterusnya menggelupas di bahagian tepi. Aduiihh pedih ni!
Jika bayi kita memang dah terkena ruam lampin, suka saya sharekan jugak cara merawat dan tip penjagaan elak ruam lampin.
8 Cara Merawat Ruam Lampin Yang Menyerang Bayi Comel.
- Segera tukar lampin setiap kali bayi kita membuang air kecil atau besar. Bersihkan dengan air suam, bilas sehingga bersih dan lap dengan tuala lembut pada seluruh punggung dan dicelah-celah paha sehingga kering.
- Bersihkan bahagian kelamin dan punggung dengan rapi setiap kali dia membuang air besar. Pastikan kulit bayi kita bersih dan kering sebelum memakaikan lampin baru.
- Sapukan sedikit Krim yang mengandungi antiseptik bagi melegakan radang yang dialami. Krim ini juga membantu menghapuskan kuman-kuman pemecah kandungan air kencing.
- Gunakan krim pada bahagian lampin secara konsisten kerana ia mampu mencegah jangkitan di samping melegakan dan memberi keredaan kepada kulit bayi yang masih lembut.
- Biarkan juga bayi kita tidak memakai lampin seberapa banyak masa yang boleh bagi mempercepatkan pemulihan.
- Pilih lampin pakai buang yang mempunyai daya resapan yang tinggi supaya dapat mengurangkan kelembapan yang terkena pada kulitnya. Kita juga boleh menggunakan lampin kain kerana ia lebih semulajadi.
- Jika ruam lampin bayi kita disebabkan alahan tertentu, masalah itu akan hilang sendirinya selagi kita tidak menggunakan kembali produk yang memyebabkan ruam itu pada bayi kita.
- Biasanya ruam lampin akan pulih dalam 3 ke 4 hari. Bagaimanapun, jika asalah ruam lampin ini masih tidak pulih dan semakin serius, bawalah bayi berjumpa doktor atau pakar pediatrik. Ini kerana ruam lampin mungkin sudah berkembang dan menjadi jangkitan kandida atau infeksi bakteria yang mungkin menimbulkan kesakitan dan rasa tidak selesa.
Kita boleh juga elak ruam jika kita sentiasa ikut tip di bawah.
5 Tip Elak Ruam Lampin Yang Menyakitkan Menyerang Bayi.
- Biarkan bayi tanpa memakai lampin seberapa lama yang boleh. Supaya kulit punggung bayi sentiasa kering.
- Kerap menukar lampin setiap kali bayi membuang air kecil dan air besar.
- Sapukan sedikit krim antiseptik pada punggung bayi setiap kali menukar lampin.
- Elakkan menggunakan bedak talkum kerana ia boleh menyebabkan geseran dan berlaku iritasi.
- Pastikan lampin yang di pakai longgar dan ada ruang pengaliran udara di sekeliling punggung bayi kita.
Tak salah kita mencuba tip di atas selagi boleh memberi keselesaan pada bayi. Saya percaya tak ada ibu yang sanggup tengok bayi comel depan mata asyik menangis kesakitan.
Alhamdulillah Kakak Ain dan adik Auni bebas dari terkena ruam lampin. Cuma naik bintik air sekejap sahaja. Itu pom dah kelam kabut dah saya rasa. Jadi para ibu jangan jemu dan putus asa untuk beri yang terbaik buat bayi kita. Hanya kita yang tahu apa yang terbaik buat bayi kita.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda... Jemput ler bertandang lagi..