Pages

Wednesday, 5 August 2015

7 Langkah elak baby comel gigit puting ibu ketika menyusu.

Ibu-ibu di luar sana ada alami masalah puting luka disebabkan bayi comel gigit puting ibu ketika menyusu? Bayi comel yang sedang alami gatal gusi @ yang mendapat gigi pertama memang sangat suka menggigit puting payudara secara sengaja @ tidak sengaja.

7 Langkah elak baby comel gigit puting ibu ketika menyusu.
Bayi comel

Ini boleh mengakibatkan puting sakit dan luka. Ini jugak boleh mengganggu ibu untuk meneruskan penyusuan eksklusif.
Jom ibu-ibu kita cuba elakkan gigitan bayi ketika menyusu.

  1. Alihkan bayi - ibu digalakkan untuk mengalihkan bayi secara perlahan-lahan dan di galakkan juga berkata pada bayi tentang perasaan ibu seperti "sayang ibu, jangan gigit ibu tau, sakit ibu". Biarkan bayi berbaring sendirian sebelum ibu menyambung semula sesi penyusuan. Ini mengajar anak apabila dia menggigit dia takkan dapat menyusu.    
    7 Langkah elak baby comel gigit puting ibu ketika menyusu.
    Tekap muka bayi dengan lembut
  2. Tekapkan muka - tekap muka bayi dengan merapatkan payudara pada mukanya ini akan membuatkan bayi rasa lemas dan susah bernafas yang membuatkan bayi membuka gigitan tadi. Lakukan setiap kali bayi nak menggigit jadi bayi akan tahu setiap kali dia menggigit, dia akan mengalami masalah susah nak bernafas.  
  3. Ketahui Punca - untuk mengelakkan gigitan bayi ibu kena mengenal pasti punca bayi sering menggigit. Berkemungkin, bayi menggigit sebab SUSU TIDAK CUKUP!! Bila dah tahu punca baru boleh cuba selesaikan masalah ni, antaranya tekapkan payudara dengan tuala suam sebelum menyusu untuk melancarkan pengeluaran.
  4. Amati corak penyusuan - para ibu mesti lebih peka untuk berhentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda-tanda akan menggigit.  
    7 Langkah elak baby comel gigit puting ibu ketika menyusu.
    Leraikan dengan Jari
  5. Leraikan dengan jari - segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulutnya bagi meleraikan dia dari payudara, jika dia mula memggigit. Jangan sesekali ibu leraikan tanpa masukkan jari sebab boleh mengakibatkan kecederaan pada puting payudara.     
    7 Langkah elak baby comel gigit puting ibu ketika menyusu.
    Gigit mainan lembut
  6. Gigit alat lain - cara hilangkan gatal gusi bayi dengan memberi alat untuk menggigit seperti teether @ tuala kecil yang dibekukan dalam peti sejuk beku. Ini adalah salah satu alternatif untuk elak bayi gatal gusi dan dari terus menggigit.
  7. Elak Menjerit - cuba elakkan dari menjerit ketika bayi menggigit. Malah jangan sesekali ibu-ibu memukul @ menampar pipinya. Ini akan membuat bayi takut dan tidak mahu menyusu lagi.
Memang rasa nak marah, nak jerit dan ada ibu sampai menangis setiap kali bayi menggigit ketika menyusu tapi apa sahaja yang kita buat ni akan mengganggu proses penyusuan eksklusif.


Banyak cara nak elak sakit bila digigit antaranya ibu boleh gunakan perisai puting (nipple shield) dan pastikan juga posisi bayi ketika menyusu selesa.

Untuk elakkan puting ibu luka berpanjangan, selesai sahaja ibu menyusukan bayi amik beberapa titik susu sapu pada puting dan urut bahagian berkenaan secara lembut. Inshaa Allah luka puting mudah sembuh dan takkan sakit bila next sesi menyusu.

7 Langkah elak baby comel gigit puting ibu ketika menyusu.
Zinc Complex

Ada ibu yang luka puting sehingga bernanah. So, ini kena refer doktor @ ibu boleh cuba suplemen zinc complex yang membantu menyembuhkan luka dengan cepat.

7 Langkah elak baby comel gigit puting ibu ketika menyusu.
Herbal Blend

Dan ibu boleh juga amalkan sapu herbal blend untuk kurangkan sakit. Lagipun herbal blend selamat dan semulajadi. Terjamin selamat walau kita sendiri lupa nak basuh dulu sebelum bayi menyusu.

Lahirkan rasa kasih sayang dan rangkul anak-anak dengan penuh rasa tanggungjawab.





"Mencegah Lebih Baik Dari Merubati"

~ mazmohd ~
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz


Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda... Jemput ler bertandang lagi..