Berada di Shah Alam selama 13tahun, saya paling suka singgah dan melepak di satu kedai ni Restoran Andaman Seksyen 24. Mula2 saya tak suka kawasan dan bau sekitar restoran sebab berada sangat dekat dengan tong sampah. Pahamla bila dekat dengan tong sampah tu mai aiii aroma dia memang ikin hati gundah gulana. Tapi bila makan makanan dia terus jatuh cinta. Lebih-lebih lagi Tomyam Poktet dia. Wow..... Teringat2...
Bila dah beranak-anak ni macam segan lak nak pergi sana sebab nyamuk dan keadaan dia kurang memuaskan, tapi Restoran Andaman telah membuka satu lagi cawangan baru di seksyen 23. Jadi sekarang ni dah tak perlu lagi pergi kat tempat lama sebab tempat baru dah ada walaupun tukang masak berbeza rasa masih ummph.. Restoran Andaman yang baru berada di seksyen 23 sebelah Aeon Big.
Restoran Andaman Sek23 Shah Alam
Alang-alang dah cerita pasal restoran kegemaran nak jugak selitkan Restoran yang saya dan 5 lagi rakan bertungkus lumus menaikkannya. Restoran Masak Masak Steamboat, Grill dan Yong Tau Foo.
Masih ramai yang tidak tahu tentang Restoran kami yang kini di buka 24jam berada di PJ21, Jalan SS3/39, Sungai Way, Petaling Jaya. Selain menyediakan steamboat kami jugak menyediakan masakan panas. Kini, kami menyediakan steamboat yang paling murah di sekitar Petaling Jaya iaitu RM15 sahaja.
Idea untuk kami bukak Restoran Masak Masak steamboat datang kerana masa tu kami memang suka sangat steamboat. Biasanya kami akan lepak di Flaming Steamboat, Island steamboat, dekat Kuang tu lupa nama apa dan kami pun pernah p juga kat Rawang Aris Yoges steamboat yang berharga RM15, d'kayangan, Pak Usu Steamboat dan banyak lagi laa. Dari situ terhasillah RESTORAN MASAK MASAK STEAMBOAT, GRILL & YONG TAU FOO.
Oppss..adakah saya makin melalut? Rasanya masih dalam Cabaran 7hari entry : Restoran Kegemaran saya dan keluarga kan? :) So sesiapa yang belum merasa masakan di RESTORAN ANDAMAN SEK23 Shah Alam dan boleh jugak nak mencuba steamboat di RESTORAN MASAK MASAK (Booking 012.656.8548).
Makan-makan juga yang penting kesihatan di jaga k. Sebelum makan telan Phytocol-ST siap2 block kolesterol dari singgah dan pastu telan lecithin dan omega guard jangan biarkan kolesterol duk lama2 dalam badan. sebelum tido telan lak Herblax kasi clear semua dalam perut tu tau!
************************************************
"Mencegah Lebih Baik Dari Merubati"
~ mazmohd ~
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz
Page: Vitamin Sihat
Email: mazmohd1551@gmail.com
Cod
area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara
Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya
************************************************
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda... Jemput ler bertandang lagi..