Penyusuan eksklusif |
Pentingnya penyusuan secara eksklusif untuk meningkatkan imunisasi diri si cilik kita dan perkembangan bayi yang lebih
baik.
Bagi mengelakkan si bayi terlepas
khasiat susu ibu yang merupakan antibody dan makanan terbaik untuk bayi, ibu
baru disarankan untuk melengkapkan diri dengan ilmu penyusuan dan bersedia
bergelar ibu semasa hamil lagi.
Beberapa faktor seperti tiada masa, renyah berulang alik menyusukan bayi dan pengeluaran semakin sedikit menjadi penyebab ibu baru untuk menukar susu ibu kepada susu formula.
Beberapa faktor seperti tiada masa, renyah berulang alik menyusukan bayi dan pengeluaran semakin sedikit menjadi penyebab ibu baru untuk menukar susu ibu kepada susu formula.
Ini memberi kerugian buat bayi yang sepatutnya mendapat
lebih khasiat dari susu ibu. Jika kita sudah merancang untuk memberi susu ibu
sepenuhnya kepada bayi, kita perlukan siapkan beberapa perkara sebelum mula
bekerja. Antara persediaan sebelum kita mula bekerja akan ibu senaraikan
disini.
- Memilih dan membeli pam susu.
·
Memilih pam susu yang betul akan memudahkan ibu
untuk mengeluarkan susu badan dengan lancar. Banyak cara @ peralatan digunakan
untuk memerah susu samaada menggunakan tangan (marmet), menggunakan pam manual,
pam susu elektrik @ pam susu berganda.
- Bercakap dengan majikan.
·
Jika ibu muda malu untuk bercakap tentang
penyusuan bayi dengan majikan, ibu boleh terus menghantar email @ surat kepada
majikan tentang perancangan kita untuk menyusukan bayi. Nyatakan juga mengenai
kekerapan yang kita perlukan dalam sehari (diwaktu kerja) untuk mengepam susu.
- Pelajari asas mengepam susu.
·
Ketahui cara bagaimana untuk meletakkan pam susu
pada payudara, cara menggunakan pam susu dan bertenang semasa proses mengepam. Pastikan
kita pam susu dalam keadaan yang selesa dan tidak melukakan puting kerana ini
akan memberi kesan kepada mengeluaran susu.
Penyusuan eksklusif |
- Simpanan susu.
·
Susu yang di pam @ di perah perlu di simpan di
dalam botol dan beg penyusuan. Pastikan ibu menanda masa dan tarikh susu yang dipam.
Ibu juga perlu tahu dimana tempat yang sesuai untuk menyimpan dan tahu samaada
susu masih elok atau pun tidak.
- Pemberian botol susu.
·
Ibu perlu tahu cara memilih botol susu yang
sesuai dan terbaik buat simanja, bila dan bagaimana cara untuk memperkenalkan
bayi kepada botol dan tips supaya bayi tidak keliru puting. Ibu biasa akan mula memberi susu melalui botol
sebulan sebelum ibu mula bekerja. Untuk pemilihan puting, bayi-bayi ibu lebih
selesa dengan puting yang lebar dan lembut.
- Minggu pertama bekerja.
·
Pastikan ibu menyediakan senarai semak peralatan
yang perlu di bawa ke tempat kerja supaya ada yang tidak tertinggal peralatan mengepam
dan menyesuaikan diri dengan jadual mengepam.
- Rancang jadual pemerahan susu di tempat kerja.
·
Ibu di galakkan untuk memerah susu sebanyak 2 @
3 kali sehari iaitu selang 3 @ 4 jam sekali. Gunakan waktu rehat anda untuk
memerah susu dan sebaik-baiknya pam susu ditempat yang sesuai dan bersih.
- Pengambilan suplemen.
·
Kita digalakkan untuk mengambil suplemen yang
bersesuaian untuk melancarkan, menjana dan memberi susu yang lebih berkualiti
kepada bayi.
o Lecithin
– melancarkan pengeluaran susu dan mengelakkan BENGKAK SUSU. Juga membantu ibu
memiliki bentuk badan yang diidamkan dengan cepat.
o Alfalfa
– mempercepatkan proses jana susu, sekaligus menjadi kacip fatimah buat si ibu.
o ESP
– memberi sumber protein kepada susu ibu dan memberi lebih khasiat dan
mengenyangkan bayi. Protein Shaklee ini juga membuatkan kulit bayi dan ibu
lebih gebu dan cantik.
o SR
Vita C – meningkatkan imunisasi ibu dan bayi sekaligus membantu dalam pemulhan
luka si ibu dengan cepat.
o Ostematrix
– member sumber kalsium kepada ibu dan bayi, membantu pembentukan tulang dan
mengelakkan kita sakit belakang dan kejang kaki.
Ibu perlu tahu bahawa susu aktif
diproses jika ada permintaan tinggi sesuai dengan supply vs demand. Jadi di galakkan kita untuk
mengosongkan payudara sekerapnya supaya susu akan dijana dengan lebih banyak. Siapkn
juga mental dan emosi supaya diri tidak dalam keadaan tertekan supaya
mengelakkan susu badan berkurangan.
Jika ada antara ibu yang ingin
mendapatkan suplemen Shaklee yang membantu untuk meningkatkan kualiti dan
kuantiti susu, boleh terus hubungi saya:-
"Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati"
~ mazffalainey ~
012-6568548
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz
Email: mazmohd1551@gmail.com
Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda... Jemput ler bertandang lagi..