Ramai rupanya antara kita yang terbiasa dengan pantang larang memotong kuku. Untuk memotong kuku mestilah pada hari tertentu jika tidak ada perkara buruk akan menimpa.
Memotong Kuku |
Ada antara sahabat yang memberitahu
"jangan memotong kuku pada hari selasa nanti akan banyak hutang".
Ada juga yang cakap
"tak boleh potong kuku pada malam hari nanti ada hantu.."
Alamak dek non, kalu kuku pun dah macam spesis hantu toksahkan hantu tok imam pun lari.
"jangan memotong kuku pada hari selasa nanti akan banyak hutang".
Ada juga yang cakap
"tak boleh potong kuku pada malam hari nanti ada hantu.."
Alamak dek non, kalu kuku pun dah macam spesis hantu toksahkan hantu tok imam pun lari.
Rupanya tiada nas atau hadith yang menyebut tentang pantang larang ni. Mungkin diciptakan orang-orang dulu untuk mengelak sesuatu perkara buruk.
Dalam satu riwayat daripada Anas bin Malik r.a. katanya:
"Waktu yang ditentukan bagi kami untuk mencukur kumis, memotong kuku, mencabut rambut ketiak dan mencukur bulu kemaluan ialah agar jangan sampai kami biarkan semua itu lebih dari empat puluh malam"
Memotong kuku adalah sunnah menurut jumhur ulama'. Waktunya tidak ditentukan. Jadi bila saja perlu dipotong, maka potonglah.
Yang afdhal dan sunnah ialah pada hari Jumaat sebelum solat Jumaat.
Sebagaimana yang diriwayatkn dalam hadis oleh Abu Hurairah r.a:
"RasuluLlah SAW mencukur kumisnya dan memotong kukunya pada hari jumaat sebelum keluar mengerjakan solat"
(HR Al-Baihaqi, Al-Bazzar dan AtThabarani dalam Al-Ausath)
Sudah jelas sebenarnya tiada pantang larang dalam memotong kuku. Cuma ikut sunnah mulakan dengan yang kanan dan lebih afdal pada hari jumaat sebelum solat jumaat. Dah dek non tunggu apa lagi pergi potong kuku tu.
Nak dapatkan produk kesihatan, kecantikan, pembersihan shaklee boleh hubungi saya ya.
Sid 1073481 No hp: 012-6568548 |
Saya pun baru nak potong kuku ni.. di malam hari.. :p
ReplyDeleteMalam2 potong kuku ni baik2 nanti tersepit isi.. Sakit..
Delete