Ramai rupanya ibu yang masih tercari-cari kenapa najis anak kecik selalu berubah warna. Masa Kakak Ain kecik dulu pom cuak jugak kenapa adakalanya najis dia hijau gelap, kadang kuning, kadang hitam terus..
Kenali warna najis si manja |
Bayi yang menyusu badan tanpa makan makanan pejal akan membuang air besar sekurang-kurangnya 4kali sehari. Namun jangan bimbang yer para ibu sekiranya bayi kecik membuang sekali sahaja dalam sehari ia juga di anggap normal. Tapi pastikan najis yang keluar lembut dan mudah.
Manakala bayi yang menyusu susu formula, perlu kerap membuang air besar setiap hari untuk mengelak sembelit. Begitu juga dengan warna najisnya akan berubah warna.
Jom kenali warna najis bayi kecil anda
1) Hitam Kehijau-hijauan dan melekit.
- Ibu yang baru pertama kali menyambut kelahiran bayi mesti terkejut melihat warna najis si manja ketika menukar lampinnya.
- Mana tidaknya, najisnya berwarna hijau kehitaman dan melekit.
- Jangan bimbang ini adalah normal, yang dilihat itu adalah mekonium. Inilah bentuk bahan buangan bayi semasa berada dalam rahim ibu.
- Najis pertama ini adalah petunjuk baik bahawa usus bayi tiada gangguan dan dapat mengeluarkan najis dengan sempurna.
2) Kuning Pucuk Pisang Gelap.
- Selepas 24jam pertama, semua mekonium dikeluarkan. Kemudian ibu akan melihat perubahan kepada warna najis simanja iaitu berwarna kuning pucuk pisang gelap.
- Ada juga kemungkinan mengandungi kesan darah. Ia berlaku mungkin disebabkan bayi tertelan darah ibu semasa proses bersalin.
- Untuk mengelak sebarang masalah, simpan najis yang mengandungi darah untuk di tunjukkan kepada doktor.
3) Najis Hitam
- Jika simanja minum susu formula yng mengandungi iron-fortified atau vitamib jenis cecair yang mengandungi iron, najisnya kemungkinan berwarna hijau, kehijau-hijauan, coklat tua atau hitam.
- Ada sesetengah bayi, najisnya bewarna coklat tua, kehijau-hijauan atau hitam disebabkan tindak balas bakteria di dalam ususnya dan pengambilan vitamin yang mengandungi zat besi sulfat.
- Jika bayi ibu mempunyai najis bewarna hitam tetapi tidak mengambil sebarang vitamin atau susu formula yang mengandungi iron, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
4) Kuning
- Warna ini adalah normal jika bayi hanya mendapay penyusuan ibu sahaja tanpa campuran susu formula.
- Warna kuning disebabkan bayi mendapat susu ibu sepenuhnya dari foremik (susu bahagian hadapan payudara ibu) dan hindmik (susu dari payudara belakang ibu).
- Anda tidak perlu risau jika najis simanja cair. Ini kerana bayi melakukan penyusuan secara eksklusif daripada ibunya.
Hah, ibu sekalian, jangan cuak tau jika najis si manja bertukar-tukar warna. Cuma sekiranya warna berubah tanpa tau punca itu yang perlu di ambil tindakan. Segera jumpa doktor untuk mendapat kepastian.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda... Jemput ler bertandang lagi..