Hari minggu ni dah kena plan siap-siap nak makan apa. Kalu tak mesti susah nak masak. Inilah masalah ibu bekerja, tak kata kat orang lain cuma dari apa yang berlaku pada ibu sahaja. So, kali ni ibu nak cuba resepi dari adik ipar gulai ikan keli. Sedap!
Resepi simple aje pun sebenarnya, tapi tak pernah berani cuba nak buat. Balik dari kerja alhamdulillah papa dah siap belikan ikan keli 2 ekor aje pun dan terus cakap gulaikan sahaja ntah versi apa tapi nak share jugak kat sini. Mana tau ada jugak ibu-ibu kat luar sana masalah macam ibu takut nak cuba, takut tak menjadi.
Tak sabar nak tahu resepi Gulai Ikan Keli Terengganu.
Bahannya simple sangat.
- 2 ekor ikan keli ( sederhana )
- 3 biji bawang putih
- 5 biji Bawang merah
- Ketumbar ( tak ada pun tak apa)
- 1 inci Kunyit hidup
- 2 inci Lengkuas
- 3 sdb Cili boh @ cili blend
- 200gm Santan
- Daun kelsom ( tak nak letak pun tak apa )
Cara-cara nak buat gulai ikan keli.
- Bersihkan ikan keli dan potong kepada 4 bahagian.
- Blend semua bahan kasar bawang putih, bawang merah, kunyit dan lengkuas sehingga hancur.
- Tumis bahan blend, kemudian masukkan cili boh, tunggu sehingga pecah minyak.
Nak tunggu santan mendidih - Masukkan santan dan biarkan mendidih, masukkan ikan bersama-sama daun kelsom. Ibu suka letak daun kelsom sebab baunya buat gulai ibu best.
- Jangan di lupa masukkan bahan perasa garam dan gula.
- Dah mendidih dan ikan sudah masak bolehla di hidangkan bersama2 nasi.
Yummy best. Senang aje rupanya..kira cam campak aje semuanya. Yerla blend bahan kasar, tumis, masukkan cili boh, masukkan santan, masukkan ikan, siap! Hehehe. Kali ini dah tak takut dah nak masak ikan keli ni lagi. Senang sangat. Tak hanyir pun, wangi aje. Sangat menyelerakan.
Yang penting bila makan mesti tak cukup 1 pinggan. Pastu baru fikir alamak, banyaknye kalori dah telan, lemak pun banyak ni, so ibu amik terus lecithin dan alfalfa complex ngap telan semua sakaligus hehehe. Minum air suam, lega. Kalu nak lagi best sepatutnya sebelum makan tadi telan phytocol dulu. Nak elak kolesterol terus menempek di saluran darah.
Gembira bila apa yang ibu masak, papa dan anak-anak makan dengan selera sekali. Alhamdulillah syukur pada yang Maha Esa memberi nikmat kesihatan, kebolehan, rajin untuk memasak. Ibu-ibu kat luar sana yang nak dapatkan suplemen seperti ibu boleh terus hubungi ibu nama dan no tepon seperti kat bawah k.
~ mazmohd ~
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz
Page: Vitamin Sihat
Email: mazmohd1551@gmail.com
Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya
rajinnya masak keli, MJ boleh makan keli kalau yg dah dimasak, tp nak beli keli tu belum berani lagi hehehe
ReplyDeleteKalu keli xpotong lagi maz pun x sanggup, potong2 tu semua abg yg buat lepas tu bolehla di masak hehehe..
DeleteKalu keli xpotong lagi maz pun x sanggup, potong2 tu semua abg yg buat lepas tu bolehla di masak hehehe..
Delete