Friday, 7 November 2014

Janda Baik tempat pilihan terbaik untuk lari dari kesesakkan kerja

Nak cerita pasal apa yer.. Ok nak tanya siapa antara kita semua suka pergi jalan-jalan.. Siapa dah pernah pergi ke Janda Baik? Bestkan... Mereka yang terlalu bekerja, stress, tak tahu nak menghabiskan masa cuti di mana, boleh bersantai di Janda Baik.

List Chalet, Camp, hotel & Resort di Janda Baik

Saya salah seorang yg memang suka berjalan-jalan. Minggu lalu saya, keluarga dan rakan-rakan ofis telah plan untuk bercuti di janda baik. Setelah mencari chalet yg bersesuaian dengan kami yg berkeluarga dan kami telah memilih chalet di chalet Teratak DiHujung Kampung.



Kami telah booking 3 chalet dan 1 homestay. Bertolak dari Gombak 2pm sampai ke Janda Baik pada pukul 3pm. Memang tak memenatkan sebab perjalanan berjalan lancar. Walaupun hujan sepanjang jalan tetapi Alhamdulillah sesampai kami di Chalet Teratak Di hujung Kampung masih belum hujan.








Sungguh memggembirakan sepanjang berada di sana. Perjalanan tak sampai pun 1jam dari Kuala Lumpur. Suasana kampung yang indah dan nyaman.. Teringat kampung halaman.huhuhu...
Kami tak rancang apa-apa aktiviti sebab bimbang hujan tak sempat nak mandi2. Sesampai aje kami terus mandi sungai dan masak untuk mkn petang.





Aktiviti malamnyer, kami berbbQ dan santai tengok lak bola JDT vs PAHANG.... Yum..yum.. Bab makan memang tak leh nak lepaskan..sampai lupa nak snap gambar. Hehehe... Janji kami enjoy.. Tak payah fikir sal kerja, tak payah ingat apa yang boss maki, tak payah kenang keputusan penilaian prestasi boss bagi.

Habiskan masa dengan kawan2 dan family dan buang segala tekanan. Anak-anak gembira kita pun gembirakan... Nak share jugak gambar-gambar kenangan kami kat sana... Jom cuci mata tengok mandi manda.











Hargailah masa anda bersama keluarga. Jaga kesihatan, jaga masa, jaga kegembiraan dn keceriaan merupakan kunci kebahagiaan keluarga kita.




************************************************



"Mencegah Lebih Baik Dari Merubati"

~ mazmohd ~
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz

Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya

************************************************

2 comments:

  1. Waa..bestnyaa.tak pernah lagi sampai janda baik -__-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maz pon 1st time sampai sana. Ok la anak2 best jerk mandi manda..dekat je kan dengan KL tu yg plan p sana...heheee tryla p..best..nyaman..

      Delete

Terima kasih atas komen anda... Jemput ler bertandang lagi..