Tuesday, 31 March 2015

Elak Ketiak Hitam Berkarat Ditegur Orang Tersayang.. Buat Malu je.

Ketiak walaupun nampak tak berapa penting dalam penampilan kita sehari-hari tetapi boleh membuatkan keyakinan kita berkurangan. Mesti ada rasa pelik dan rendah diri. Tak tahu macam mana nak elak ketiak hitam berkarat ditegur orang tersayang... eee malunya..

Ketiak Hitam Berkarat


Masalah ketiak hitam berkarat ni bukan sahaja terjadi pada ibu-ibu yang mengandung tau, tapi boleh terjadi kat anak-anak gadis yang meningkat dewasa. Ada yang nak kahwin hujung tahun ni mengalami masalah ni. Aduihh adik-adik, seganla bila bakal suami tengok nanti.

Pengantin Dilema Ketiak Hitam?

Pada ibu-ibu atau akak-akak yang dah kawin perasan tak suami seakan cuba elak diri dari pandang ketiak korang bila nak bermanja. Takut terbantut selera.. Tak caya cuba tanya cik abang betul ke tak. Jangan amik mudah akak semua ketiak hitam berkarat ni la boleh jadi penyebab hubungan tak seperti yang di harapkan.

Uiish.. Ketiak hitam


Ada beberapa sebab kenapa ketiak hitam berkarat boleh terjadi. Nampak simple tapi ini yang lah yang sebenarnya.


Punca Ketiak Hitam Berkarat Terjadi.

  1. Pemilihan dan penggunaan deodoran yang tidak sesuai dengan kulit boleh menyebabkan ketiak hitam dan tona kulit tak sekata. Bagi yang kulit sensitif boleh menyebabkan kulit anda kelihatan seperti melecur. Berhati-hati dalan pemilihan deodoran ni. 
    Deodoran yang bersesuain
  2. Bila deodoran yang dipakai seharian tidak dibersihkan dengan sempurna dan bercampur dengan peluh dikhuatiri mengundang bakteria dan menyebabkan ketiak menjadi hitam.
  3. Ibu-ibu yang hamil berlaku ketiak hitam kerana perubahan hormon dan genetik.
  4. Penggunaan alat pencukur yang tidak bersih boleh menggalakkan pembiakan bakteria dan ketiak menjadi hitam.  
    Cukuran penyebab ketiak hitam
  5. Kaedah bercukur yang tidak betul akan menyebabkan kulit terluka dan meninggalkan parut.
  6. Memakai pakaian yang ketat terutama dibahagian lengan dikenal pasti antara penyebab ketiak menjadi gelap. Berlakunya penggeseran antara ketiak dan baju membuatkan bahagian ini tidak selesa.

Cara-cara mengatasi ketiak hitam berkarat

  1. Pastikan mandi dengan sempurna dan gunakan sabun khas bagi membantu menghilangkan kesan gelap. Dapatkan nasihat doktor sebelum membeli sebarang produk termasuk sabun.
  2. Pakai pakaian yang longgar dan menyerap peluh supaya dapat memberi ruang pengudaraan kepada tubuh.
  3. Gunakan bedak anti bakteria dibahagian bawah lengan selepas mandi. Dikatakan bedak dapat memgurangkan peluh.
  4. Di sarankan melakukan rawatan wax berbanding mencukur kerana ia lebih selamat dan tidak membuatkan kulit dibahagian ketiak hitam.
  5. Pastikan alat bercukur bersih dan tidak berkarat.
  6. Sental tubuh dan bawah ketiak dengan skrub khas bagi menanggalkan sel mati dan menghilangkan daki serta parut.
  7. Elakkan memyembur pewangi di bawah ketiak kerana boleh menggalakkan pembiakan bakteria apabila peluh bercampur.
  8. Pilih deodoran yang mengandungi unsur mineral seperti kristal. Ia sesuai untuk golongan berkulit sensitif.
  9. Amalkan pemakanan yang sihat, seperti suplemen yang boleh membantu memulihkan sel yang mati, menghilangkan parut dan membantu mengecilkan pori-pori kulit.

Vitamin atau suplemen yang boleh membantu mengelakkan ditegur ketiak hitam berkarat yang terbaik adalah Energizing Soy Protien (ESP).

ESP - Energizing Soy Protien

ESP memang dicipta 100% dari soya segar dan paling utama ia Non-GMO. Esp juga memastikan sel kulit kita yang telah mati berganti dengan yang baru dan lebih sihat. Esp jugak bertindak mengurangkan parut pada kulit.

Bukan sahaja membuatkan ketiak kita kembali cerah dan tona kulit sekata, malah ESp memberi seluruh kulit kita gebu, cantik dan kekal lembab. Banyak lagi benefit ESP yang adik, kakak semua bakal dapat bila consume esp.

Boleh baca di sini:-

Nampak seperti semuanya sempurna, kulit gebu, muka cantik, badan putih melepak tapi.. Masalah ketiak hitam berkarat yang teruk. Saya dulu Cadang amik ESp sebab nak ada tenaga dan di sebabkan juga parut besar di perut selepas mengandung anak pertama scretch mark. Tapi sangat tak sangka ketiak boleh kembali cerah sekata.

Sebab tu saya nak sangat kongsi kehebatan ESP ni dengan adik-adik dan akak-akak semua. Jangan sampai kita kehilangan keyakinan dan malu bila ditegur orang tersayang tentang ketiak hitam. Lagi malu kalu di gelakkan beramai-ramai. Ish jom semua elakkan diri kita diperkatakan lagi. Hubungi saya seperti nama dan no telefon di bawah untuk dapatkan ESP korang.


~ mazmohd ~
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz

"Mencegah Lebih Baik Dari Merubati"

Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya





Saturday, 28 March 2015

Resepi Kek Coklat Istimewa untuk Kakak Ain

Sambungan dari story ibu semalam sambutan hari lahir kakak ain, ibu nak kongsikan resepi kek coklat istimewa untuk kakak ain. Resepi kek coklat ini senang sahaja dan tak memerlukan oven cuma perlukan peralatan kukusan.

Kek Coklat Istimewa kakak Ain
Bila ibu dah share resepi ni, jangan segan silulah korang semua nak buat yer.. Sedap. Pasti tak menyesal punya. Ok, kita teruskan kepada bahan-bahan dan cara membuat kek coklat istimewa.

Resepi Kek Coklat Istimewa

Bahan-bahan:-

A

2cawan Tepung gandum
1cawan serbuk coklat
1sdk Baking Powder
1sdk Soda Bikarbonat

B

3biji telur
1cawan gula (halus @ kasar ikut selesa)
1cawan susu pekat manis
1cawan minyak (guna minyak masak pun boleh)

C

1cawan air panas

Cara-cara membuat kek coklat istimewa:-
  1. Bahan A hendaklah di ayak dan ketepikan.
  2. Untuk bahan B, pukul telur bersama gula sehingga kembang dan lembut. 
  3. Masukkan susu pekat dan minyak satu persatu, pukul lagi sehingga sebati.
  4. Setelah sebati, masukkan bahan A yang di ayak tadi perlahan-lahan. Tak perlu guna mixer pun, just guna kaedah kaup balik.
  5. Setelah semua sebati baru masukkan air panas tadi. Proses ni kena berhati-hati, bimbang terkena air panas tak pasal2 melecur lak.
  6. Tuangkan kedalam loyang dan bungkus dengan plastik @ tutup loyang menggunakan aluminium foil untuk mengelakkan kek kita terkena air wap.
  7. Pastikan air kukusan tadi sudah mendidih sebelum memasukkan loyang. 
  8. Kukus dengan api perlahan selama 2jam atau sehingga masak.
Bahan-bahan2 kek coklat istimewa ni simple aje. Cuma nak tunggu 2 jam tu yang memerlukan sedikit semangat. Untuk menghasilkan kek yang lembut dan sedap kena banyak bersabar.

Eh, nak tau tak topping ibu buat camne? Senang aje..

Topping Kek Coklat Istimewa

Bahan:-

1cawan susu pekat
1/2 cawan gula
1/2 cawan serbuk coklat
1cawan susu cair
3sdk mentega

Cara-cara:-
  1. Campurkan semua bahan tadi dalam periuk.
  2. Panaskan periuk tadi dan kacau sehingga likat.
  3. Setelah mendapat kelikatan yang di kehendaki, bolehla tuang ke atas kek yang telah di sejukkan terlebih dahulu.
  4. Hias mengikut kreativiti dan keinginan korang semua.

Alhamdulillah bahagia sangat bila anak-anak kecil kita gembira tengok kek depan mata. Huhuhu bukan birthday dia pun dia dah excited sangat.
Ibu pun kena gembira selalu tak mahula letih-letih biar anak tahu ibu buat kek khas untuk dia. Busy dengan kerja, busy dengan biz shaklee tapi ibu nak anak-anak ibu tahu ibu sayang korang k.


"Mencegah Lebih Baik Dari Merubati"

~ mazmohd ~
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz

Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya