Pernah nampak tak abg sado duk makan nasi cicah budu ulam lak PETAI. Wow tak sangkakan. Badan berpetak-petak, otot lak timbul berketul-ketul uish makan lak nasi panas dan ulam petai cicah budu. Akak comel, akak cun pom sama jugak hadap makanan tu. Ishish apalah yang hebat sangat petai tu.
Saya bukan tak makan cuma x gemar rasa dan bau toilet. Tapu sebenarnya itulah yang terbaik. Jom kita intai2 manfaat petai buat kita manusia yang banyak terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat.
Manfaat petai untuk kita manusia.
- Sesiapa yang 'mood' selalu turun naik baik ambil ulam petai ni sebab petai mengandungi tryptophan - protien yang menggalakkan hormon serotonin yang membuatkan kita rasa rilek, emosi bagus dan memberi perasaan rasa gembira.
2) Mengatasi Sindrom Pramenstruasi (PMS)
- Akak-akak, adik-adik yang ada PMS ni sangat di galakkan memakan ulam petai.
- Vitamin B6 yang ada dalam petai mampu menuetralkan glukosa dalam darah kita.
- Petai juga mengandungi zat besi yang tinggi - merangsang pembentukan hemoglobin dalam darah.
- So, kalu ada sedara mara, rakan2 yang mengalami masalah kurang darah @ anemia cubala makan petai.
4)Mengurangkan Tekanan Darah
- Petai juga mengandungi kalium yang tinggi, namun rendah garam. Jadi petai sangatlah elok dimakan oleh kita yang ada tekanan darah tinggi.
- US Food and Drug Administration telah mengakui bahawa petai adalah buah/ulam yang dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan stroke.
5) Memberi Kekuatan Otak
- Sekolah Twickenham telah membuat uji penelitian dengan makan petai pada waktu sarapan pagi dan makan tengahari dalam usaha meningkatkan kemampuan otak mereka.
- Hasil penelitian ini telah menunjukkan bahawa kalium yang banyak dalam petai dapat membantu pelajar lebih peka dan fokus.
- Petai sangat di galakkan untuk mereka yang mengalami masalah sembelit kerana petai merupakan tinggi serat.
- Usus kita sangat perlukan serat untuk membantu proses pencernaan. Jadi mereka yang suka petai akan terhindar dari masalah sembelit.
7) Memberi Tenaga
- Petai mengandungi 3jenis gula yang membantu mengatasi keletihan ketika kita sedang beraktiviti.
8) Mengurangkan Sakit Saraf
- Petai juga mengandungi Vitamin B yang tinggi dan sekaligus mengurangkan sakit yang menyerang sistem saraf.
- Kita akan mudah merasa tenang apabila selesai melakukan tugas harian kita.
- Petai mengandungi Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat dalam petai akan membantu memulihkan paru2 akibat kesan buruk Nikotin pada ROKOK.
10) Mengatasi Kemurungan
- Kalium yang terkandung dalam petai merupakan elektrolit penting untuk kesihatan kerana mampu membantu menormalkan kadar denyutan jantung kita, menyalurkan oksigen ke otak serta mengimbangi kadar air dalam tubuh kita.
- Petai tinggi kadar kalium didalamnya sehingga mampu membantu sistem metabolisme dan sekaligus dapat mengatasi kemurungan.
11) Awet Muda
- Petai mengandungi protien yang tinggi berguna untuk memudakan kulit sehingga membantu kita untuk kekal muda.
- Tau tak korang yang petai diimport bertujuan untuk di jadikan sbg bahan kosmetik.
12) Menambah Nafsu Makan
- Jika kita kurang selera makan petai pasti akan membangkitkan selera kita.
- Ramai yang membuktikan selera makan mereka meningkat bila amik petai dalam diet mereka.