Monday 26 December 2016

Melihat rumah salji murah di Shah Alam memenuhi aktiviti cuti sekolah anak-anak.

Cuti sekolah tinggal lagi 6 hari lagi, kemana kita nak plan pergi ni? Malam tadi kakak ain dah tya bila kita nak balik kg? Tak boleh balik lagi ni sebab papa banyak lak keje. Nampak gayanya nanti tahun depan pula kita balik kampung smbil tengok baby mama long. Jom kita melihat rumah salji murah di Shah Alam memenuhi aktiviti cuti sekolah anak-anak.

Melihat rumah salji murah di Shah Alam memenuhi aktiviti cuti sekolah anak-anak.
Model di pintu masuk


Minggu lepas kakcik bawak adik pergi Taman Botani, bukit cerakah, shah alam. Okla jugak boleh bersenam keluarkan peluh sambil melihat keindahan alam. Tak mahal pun masuk cuma RM3.00/dewasa dan kami bayarkan untuk pergi kat rumah 4 Musim tu RM5.00/dewasa.. Nasib duit bonus Shaklee dah masuk bolehla blanje 😁


Melihat rumah salji murah di Shah Alam memenuhi aktiviti cuti sekolah anak-anak.
Tempat-tempat Menarik di Tamn Botani

Taman Botani Shah Alam ni banyak tempat-tempat menarik seperti sawah padi, pokok-pokok bunga cantik, taman haiwan, rumah ikut negeri, rumah 4 musim (kami pergi masa ni rumah salji)... Ada jugak playground (kena pantaula sket sebab tempat bertunggul kayu bagai).

Melihat rumah salji murah di Shah Alam memenuhi aktiviti cuti sekolah anak-anak.
Adik tak gayat!


Masuk kat dalam Taman Botani ni juga disediakan bas tapi sentiasa penuhla. Nak berjalan kaki pun boleh dan berbasikal pun boleh. Tapi kali ni kami pilih berjalan kaki. Total 4km aje.. Pergi dan balik. Tak jauhla.. Yang penting adik enjoy..

Melihat rumah salji murah di Shah Alam memenuhi aktiviti cuti sekolah anak-anak.
Sejuk.. Rumah 4 Musim (Musim Salji)


Kawan-kawan kalau tinggal sekitar shah alam dan tak tahu nak bawak anak-anak pergi mana  musi cuti sekolah ni bolehla bawak ke Taman Botani Shah Alam ni.. Pergi awal-awal tau nanti takdela beratur panjang nak masuk rumah 4musim tu ya.. Minggu ni kami masih fikir kemana nak pergi lak.. Kawan2 ada idea? Sharela....

#pengedarshakleeshahalam
#tsunamishaklee
#tsunamiG7
#9gemilang
#shakleeeffect
#liveamazing
#emeraldswift
#projekjanaincome
#greatsid
#ShakleeShahAlam

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda... Jemput ler bertandang lagi..