Tuesday 23 February 2016

Ruam Lampin yang amat menyakitkan simanja.

Terdapat pelbagai jenis ruam dan salah satunya adalah yang biasa terjadi iaitu ruam lampin. Ruam lampin yang amat menyakitkan simanja dan sekaligus meragut kegembiraan si manja sehari-hari.

Ruam Lampin yang amat menyakitkan simanja
Ruam Lampin.. Pedih!!

Menurut kajian, kes ruam lampin di anggarkan berlaku ke atas 35% bayi yang baru lahir. Masalah ini menyebabkan bayi tidak selesa dan merengek walaupun kita menukar lampin bayi dengan kerap dan berhati-hati.

Ruam Lampin yang amat menyakitkan simanja
Tukar lampin... Ruam lampin tak best!


Ruam lampin boleh berpunca daripada beberapa perkara.

  1. Lampin si manja yang tidak di tukar, menghasilkan bahan kimia dan meyebabkan kulit bayi meradang.
  2. Geseran antara kulit halus bayi dan lampin pakai buang juga boleh menyebabkan ruam.
  3. Kulit yang meradang dan terganggu boleh menjadi lebih teruk dan menyebabkan jangkitan kulit dan melecet.

Ruam lampin bermula apabila kulit simanja menjadi kemerahan di bahagian kulit yang di selubungi lampin. Berbeza dengan kepercayaan ramai, ruam lampin cenderung untuk tidak memberi kesan kepada lipatan kulit, tetapi lebih kepada kawasan punggung si manja.

Ruam Lampin yang amat menyakitkan simanja
Ruam lampin.. Menyakitkan.


Walaubagaimana pun, kita sebagai ibu atau penjaga simanja di syorkan untuk mengeringkan lipatan kulit bayi kita dengan teliti. Kita juga perlu berhati-hati dengan punca-punca lain ruam lampin seperti:

  • Bayi tumbuh gigi
  • Antibiotic
  • Cirit birit
  • Bertukar jenis susu
  • Bayi mula makan makanan pejal.

Sebagai ibu atau penjaga sudah tentu kita ingin mencegah dan melindungi simanja daripada jangkitan atau ketidak selesaan. Kita tidak dapat mengelak sepenuhnya, tetapi kita boleh mengurangkan risiko ruam lampin. 

Kita boleh ikut tip yang di berikan di bawah untuk mengurangkan dan mengelak dari jangkitan ruam lampin.

  1. Lampin yang basah hendaklah ditukar dengan segera.
  2. Basuh bahagian yang terkena ruam lampin dengan air suam dan kapas bersih, kemudian lap dengan dengan perlahan dan berhati-hati.
  3. Jika boleh, tanggalkan lampin bayi, dan biarkan punggung bayi terdedah kepada udara.
  4. Gunakan krim pelindung ruam, pastikan sapu setiap kali kita tukar lampin si manjan. Ibu lebih suka guna Multi-purpose cream – Herbal Blend Shaklee sebab ia terbukti bebas paraben. 
    Ruam Lampin yang amat menyakitkan simanja
    Herbal blend
  5. Pastikan kita tukar lampin bayi sebelum menidurkan bayi.
Ruam Lampin yang amat menyakitkan simanja
Basic H

Ibu pasti inginkan yang terbaik buat simanja. Jadi elakkan bahan kimia yang tinggi dalam proses membersihkan ruam lampin bayi. Untuk mandian Ibu suka sangat guna Basic H Shaklee. Bau semulajadi dan menyejukkan badan bayi. Bebas kimia yang berbahaya.




"Mencegah Lebih Baik Dari Merubati"

~ mazmohd ~
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz


Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda... Jemput ler bertandang lagi..