Saturday 23 January 2016

5 Langkah Tepat Untuk Mengelakkan Si kakak Bergaduh Dengan Si Adik Berpanjangan.

Alhamdulillah sekali lagi kita bersua di ruang Love To Share. Setiap kali kita keluar dan berjalan di mall @ di taman @ di mana2 sahaja pasti kita akan jumpa pelbagai ragam keluarga. Kali ini ibu ingin berkongsi bagaimana untuk kita sebagai ibu bapa mengelakkan anak-anak dari bertengkar sesama mereka.

5 Langkah Tepat Mengelakkan Si kakak Bergaduh dengan Si adik berpanjangan.

1.       Pisahkan mereka dengan cepat.
·         Kita perlu pisahkan kakak dan adik dengan segera supaya pergaduhan mereka tidak melarat. tapi bergantung dengan situasi, dimana pergaduhan mereka masih ditahap biasa biarkan mereka belajar untuk menangani masalah antara mereka.
2.       Tenangkan anak yang kena pukul.
·         Kita perlu tenangkan anak yang kena pukul dahulu supaya pergaduhan tidak berangkai. Letak ubat jika perlu. Biarkan si kakak @ si adik yang memukul tadi melihat. Mungkin dia sedang marah, geram @ tidak puas hati.
3.       Nasihatkan anak yang memukul
·         Apabila anak yang kena pukul sudah tenang, tugas kita menasihati anak yang memukul pula. Cari punca kemarahannya dan tanya dengan baik kenapa perkara tadi berlaku. Ajak dia berbual-bual bukan kelihatan seperti menyoal siasat.
4.       Elakkan menjerit
·         Cuba kita ajar anak cara bemain dengan betul, cara kawal kemarahan dan cuba tunjukkan bagaimana kita mengendalikan masalah ini di hadapan mereka. Kita tidak perlu terus marah @ menjerit kerana anak akan menganggap cara ini boleh di terima. Selagi kita tidak menjerit, selagi itu mereka akan bergaduh.
5.       Nasihat secara berterusan
·         Ingat, jangan sesekali jemu untuk terus nasihat anak-anak kita. Ini adalah poses berterusan. Pelbagaikan cara untuk nasihat samaada melalui gurauan, bercerita, bermain dan semasa menonton televisyen.

Para ibu juga di nasihatkan sentiasa memberi pujian kepada anak-anak, walaupon mereka hanya berjaya mengikut arahan yg paling simple seperti buang sampah dalam tong sampah, angkat barang, simpan mainan, bangun tidur awal dan bersiap selepas mandi. Ini membuatkan mood anak-anak sentiasa dalam keadaan yang baik dan mudah menerima arahan. Semoga cara mengelakkan pergaduhan ini berpanjangan mampu memulihkan kembali keakraban anak-anak kita. Semoga bermanfaat.

Oh ya, jika para ibu ingin mendapatkan suplemen kesihatan buat keluarga untuk kekal sihat, cergas dan bertenaga, boleh hubungi saya.



"Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati"

~ mazffalainey ~
012-6568548
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz


Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya

Wednesday 6 January 2016

Pantang Larang Memotong Kuku adakah Mengikut Sunnah?

Ramai rupanya antara kita yang terbiasa dengan pantang larang memotong kuku. Untuk memotong kuku mestilah pada hari tertentu jika tidak ada perkara buruk akan menimpa. 

Pantang Larang Memotong Kuku adakah Mengikut Sunnah?
Memotong Kuku


Ada antara sahabat yang memberitahu
"jangan memotong kuku pada hari selasa nanti akan banyak hutang".
Ada juga yang cakap
"tak boleh potong kuku pada malam hari nanti ada hantu.."
Alamak dek non, kalu kuku pun dah macam spesis hantu toksahkan hantu tok imam pun lari.

Rupanya tiada nas atau hadith yang menyebut tentang pantang larang ni. Mungkin diciptakan orang-orang dulu untuk mengelak sesuatu perkara buruk.

Dalam satu riwayat daripada Anas bin Malik r.a. katanya:
"Waktu yang ditentukan bagi kami untuk mencukur kumis, memotong kuku, mencabut rambut ketiak dan mencukur bulu kemaluan ialah agar jangan sampai kami biarkan semua itu lebih dari empat puluh malam"
(Riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Pantang Larang Memotong Kuku adakah Mengikut Sunnah?
Potong Kuku


Memotong kuku adalah sunnah menurut jumhur ulama'. Waktunya tidak ditentukan. Jadi bila saja perlu dipotong, maka potonglah.

Yang afdhal dan sunnah ialah pada hari Jumaat sebelum solat Jumaat.

Sebagaimana yang diriwayatkn dalam hadis oleh Abu Hurairah r.a:
"RasuluLlah SAW mencukur kumisnya dan memotong kukunya pada hari jumaat sebelum keluar mengerjakan solat"
(HR Al-Baihaqi, Al-Bazzar dan AtThabarani dalam Al-Ausath)

Sudah jelas sebenarnya tiada pantang larang dalam memotong kuku. Cuma ikut sunnah mulakan dengan yang kanan dan lebih afdal pada hari jumaat sebelum solat jumaat. Dah dek non tunggu apa lagi pergi potong kuku tu.

Nak dapatkan produk kesihatan, kecantikan, pembersihan shaklee boleh hubungi saya ya.

Pantang Larang Memotong Kuku adakah Mengikut Sunnah?
Sid 1073481
No hp: 012-6568548