Friday 11 December 2015

5 Keburukan Menjemur Baju Dalam Rumah perlu dielakkan untuk kesihatan yang lebih baik

Seminggu kami sekeluarga diserang demam, lepas sorang-sorang. Tapi alhamdulillah cepat recover sebelum menjadi lebih teruk. Terfikir juga kenapa cepat sangat demam mengular dalam rumah ni. 

5 Keburukan Menjemur Baju Dalam Rumah perlu dielakkan untuk kesihatan yang lebih baik
Adik demam

Nak jadikan cerita dalam duk fikir-fikir camne nak buat supaya demam virus tidak terus menyerang bergilir-gilir ahli keluarga, tiba-tiba ternampak kat newsfeed "Resepi Sheila Rusli" share Keburukan Menjemur Baju Dalam rumah. Dushh setempek kena kat muka. Tergerak hati nak share kat semua pembaca blog semua.

5 Keburukan Menjemur Baju Dalam Rumah perlu dielakkan untuk kesihatan yang lebih baik
Jemur Baju Dalam Rumah


Para ibu, isteri mesti pernah jemur baju dalam rumahkan? Lebih2 lagi mereka yang kerja shift atau mereka yang tinggal di rumah2 pangsa yang tiada ruang luar untuk menjemur baju. Kadang-kadang bimbang jugak baju 'dipinjam' orang asingkan? Tapi rupanya ada banyak keburukan yang agak serius jika kita sentiasa mengamal cara begini untuk jangka waktu yang lama.

Keburukan Menjemur Baju Dalam Rumah

  1. Penyebab Kanser - Penggunaan pelembut kain selepas mencuci pakaian penyebab utama penyakit kanser kerana mengandungi acetaldehydes yang tinggi. Berbahaya jika kita selalu sedut udara yang megandungi bau wang tersebut.
  2. Pengaruh Alergi - Udara yang terperangkap didalam rumah boleh berkumpul menjadi bakteria dan kalau kita yang mempunyai masalah penyakit kulit,kita kenacuba mengelak jemur kain di dalam rumah tau. Ini salah satu penyebab utama kita mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.
  3. Beracun - Pernah tak kita basuh kain dan terlupa nak pergi sidai dan akhirnya kain yang di basuh bertukar bau jadi busuk walaupun sudah direndam pelembut kain. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu udara yang disedut beri kesan buruk kepada kesihatan kita tanpa disedari.
  4. Asma - Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembapan ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.
  5. Lemahkan sistem ketahanan tubuh - Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh jika selalu amalkan jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selsema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain.
Jalan penyelesaian yang boleh diambil untuk elak segala bentuk keburukan ini 


  1. dengan jemur baju di luar rumah, bolehlah sediakan tempat jemuran diluar rumah. 
  2. Bagi mereka yang tinggal di rumah flat / pangsa / appartment yang tiada ruangan udara untuk menjemur, di galakkan cuci kering lagi selamat. Cuma nak menjimat tak begitu berjayalah.
  3. Kurangkan penggunaan pewangi dan pelembut pakaian yang terdapat banyak campuran bahan kimia.

Semuanya sebenarnya terletak kat pilihan kita. Kalau boleh, kain yang basah mestilah terdedah dengan cahaya matahari dan peredaran angin yang sempurna. Tetapi jangan secara terus kerana menyebabkan kain cepat kusam dan pudar warnanya.


5 Keburukan Menjemur Baju Dalam Rumah perlu dielakkan untuk kesihatan yang lebih baik
Get Clean Yang Semulajadi

Kita juga boleh bertukar pencuci dan pelembut yang semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Kain pun tak pudar atau rosak, yang paling penting udara yang kita sedut hari-hari tidak tercemar dengan bahan kimia.