Thursday 29 October 2015

Si Manja Memerlukan Lemak Untuk Perkembangan Otak Pada Awal Tumbesaran Mereka.

Masih tercari-cari apa diet yang sesuai untuk perkembangan otak si manja ibu. Terpandang Artikel Pa&Ma yang mengatakan Si Manja Memerlukan Lemak Untuk Perkembangan Otak Pada Awal Tumbesaran Mereka.

Si Manja Memerlukan Lemak Untuk Perkembangan Otak Pada Awal Tumbesaran Mereka.
Otak anak semakin berkembang

Lemak yang macam mana yang sesuai dengan si manja kita? Mesti bukan lemak sembarangankan? Kita kena tahu cara utama untuk menggalakkan perkembangan optimum otak kanak-kanak ialah melalui diet yang mengandungi asid lemak perlu yang mencukupi.

Asid lemak perlu tidak boleh di hasilkan oleh tubuh dan perlu di perolehi daripada makanan. Jadi, kita sebagai ibu bapa harus tahu apakah asid lemak perlu mengapa anak-anak perlukannya dan bagaimana kita nak pastikan mereka mendapat secukupnya.

Si Manja Memerlukan Lemak Untuk Perkembangan Otak Pada Awal Tumbesaran Mereka.

Lemak yang di perlukan untuk fungsi otak anak-anak ialah asid lemak Omega-3 yang boleh didapati daripada kacang soya, kekacang, tuna dan salmon. Juga asid lemak omega-6 yang boleh didapati daripada kekacang, minyak bunga matahari, bijan dan minyak sayuran.

Omega-3 dan omega-6 turut menghasilkan sejenis bahan kimia Yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara bahan yang terdapat dalam kumpulan eicosanoid ialah prostaglandins. Peranan prostaglandins pada tubuh ialah:

😊 memastikan suhu badan kekal pada tahap normal.
😊 membaik pulih sel dan membentuk sel-sel baru.
😊mengawal tekanan bendalir terutamanya pada bahagian mata dan telinga.
😊 penting untuk tindak balas alergik
😊 mengawal aturan sistem pencernaan di dalam perut.

Fungsi Lemak!

Lemak penting kepada anak kita kerana dapat membantu penyerapan nutrien, transmisi saraf dan mengekalkan keutuhan membran sel. Selain dariada membekalkan tenaga, lemak juga membantu mengekalkan kesihatan kulit dan rambut, melindungi organ penting dalam tubuh dengan menebat dan mengekalkan suhu badan.

Fungsi lemak dalam tubuh anak:-

  1. Membekalkan bagan seakan hormon untuk mengawal banyak fungsi badan.
  2. Asid lemak omega-3 membantu pertumbuhan, perkembangan dan fungsi otak.
  3. Membantu tubuh menyerap vitamin A,D,E dan K yang larut lemak.
  4. Membekalkan komponen struktur mielin, sarung penebat lemak di sekeliling setiap saraf bagi mmbolehkannya menghantar perutusan dengan cepat.
  5. Komponen penting untuk kesihatan dan fungsi membran.
  6. Menebat dan bertindak sebagai penyerap hentakan bagi tulang dan organ.
Kanak-kanak memerlukan lebih banyak lemak dalam diet mereka. Oleh yang demikian, kita di nasihatkan agar memberi anak-anak 2 hingga 3 cawan susu setiap hari.

Si Manja Memerlukan Lemak Untuk Perkembangan Otak Pada Awal Tumbesaran Mereka.
Perkembangan Otak anak


Walaupun kadang-kadang kita khuatir mengenai pengambilan lemak berlebihan.  Anak-anak yang berumur dibawah 2 tahun tidak seharusnya di beri susu rendah lemak, susu krim atau susu tanpa lemak kecuali dinasihatkan oleh pakar pemakanan dan pakar pediatrik.

Kandungan lemak mengikut saranan susu hidangan untuk setiap hari adalah memadai dan boleh menolong membekalkan jumlah keperluan tenaga untuk tumbesaran yang normal.

Link Berkaitan :
1) Lemak - omega-3
2) Omega-3 untuk lebih tumpuan

Tuesday 20 October 2015

Warna Najis Si Manja Anda Berubah Warna? Kenapa ni... Jom Kenali Warna Najis Bayi.

Ramai rupanya ibu yang masih tercari-cari kenapa najis anak kecik selalu berubah warna. Masa Kakak Ain kecik dulu pom cuak jugak kenapa adakalanya najis dia hijau gelap, kadang kuning, kadang hitam terus..

Kenali warna najis si manja
Bayi yang menyusu badan tanpa makan makanan pejal akan membuang air besar sekurang-kurangnya 4kali sehari. Namun jangan bimbang yer para ibu sekiranya bayi kecik membuang sekali sahaja dalam sehari ia juga di anggap normal. Tapi pastikan najis yang keluar lembut dan mudah.

Manakala bayi yang menyusu susu formula, perlu kerap membuang air besar setiap hari untuk mengelak sembelit. Begitu juga dengan warna najisnya akan berubah warna.

Jom kenali warna najis bayi kecil anda

1) Hitam Kehijau-hijauan dan melekit.



  • Ibu yang baru pertama kali menyambut kelahiran bayi mesti terkejut melihat warna najis si manja ketika menukar lampinnya. 
  • Mana tidaknya, najisnya berwarna hijau kehitaman dan melekit.
  • Jangan bimbang ini adalah normal, yang dilihat itu adalah mekonium. Inilah bentuk bahan buangan bayi semasa berada dalam rahim ibu. 
  • Najis pertama ini adalah petunjuk baik bahawa usus bayi tiada gangguan dan dapat mengeluarkan najis dengan sempurna.
2) Kuning Pucuk Pisang Gelap.


  • Selepas 24jam pertama, semua mekonium dikeluarkan. Kemudian ibu akan melihat perubahan kepada warna najis simanja iaitu berwarna kuning pucuk pisang gelap.
  • Ada juga kemungkinan mengandungi kesan darah. Ia berlaku mungkin disebabkan bayi tertelan darah ibu semasa proses bersalin.
  • Untuk mengelak sebarang masalah, simpan najis yang mengandungi darah untuk di tunjukkan kepada doktor.
3) Najis Hitam
  • Jika simanja minum susu formula yng mengandungi iron-fortified atau vitamib jenis cecair yang mengandungi iron, najisnya kemungkinan berwarna hijau, kehijau-hijauan, coklat tua atau hitam.
  • Ada sesetengah bayi, najisnya bewarna coklat tua, kehijau-hijauan atau hitam disebabkan tindak balas bakteria di dalam ususnya dan pengambilan vitamin yang mengandungi zat besi sulfat.
  • Jika bayi ibu mempunyai najis bewarna hitam tetapi tidak mengambil sebarang vitamin atau susu formula yang mengandungi iron, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
4) Kuning


  • Warna ini adalah normal jika bayi hanya mendapay penyusuan ibu sahaja tanpa campuran susu formula.
  • Warna kuning disebabkan bayi mendapat susu ibu sepenuhnya dari foremik (susu bahagian hadapan payudara ibu) dan hindmik (susu dari payudara belakang ibu).
  • Anda tidak perlu risau jika najis simanja cair. Ini kerana bayi melakukan penyusuan secara eksklusif daripada ibunya.
Hah, ibu sekalian, jangan cuak tau jika najis si manja bertukar-tukar warna. Cuma sekiranya warna berubah tanpa tau punca itu yang perlu di ambil tindakan. Segera jumpa doktor untuk mendapat kepastian.

Thursday 15 October 2015

Kenapa Bayi Suka Hisap Ibu Jari Mereka dan Apa Kesan Negatif Dari Habit Ini.

Sambil menyusukan adik auni tiba-tiba terbaca majalah Pa&Ma ni. Bercerita tentang perkembangan anak 1-2 tahun. Tertarik pula pada artikel pasal bayi suka hisap ibu jari. Rasa nak sharelah sebab sekarang ni ramai sangat ibu muda amik enteng perkara ini.

Bayi suka hisap ibu jari


Kenapa Bayi Suka Hisap Ibu Jari Mereka dan Apa Kesan Negatif Dari Habit Ini. 

Fakta menjelaskan bahawa semua kanak-kanak kecil hisap ibu jarinya. Keadaan ini membimbangkan ibu bapa kerana tabiat ini jika di biarkan berterusan akan merosak gigi. 

Ibu bapa juga perlu tahu bahawa perilaku ini terbentuk secara semulajadi kepada kanak-kanak kecil sama ada kerana lapar, mencari keselesaan, atau hanya ingin tahu mengenai anggota badannya.

Jangan tarik ibu jari adik


Tapi ingat! Jangan sesekali tarik ibu jarinya daripada mulutnya jika setiap masa dia melakukan tabiat itu. Tindakan ini tidak betul. Apa yang perlu, ibu bapa harus ingat bahawa tabiat ini akan beransur hilang apabila bayi mencapai usia tiga hingga enam tahun.

1) Kelaparan  
I'm Hungry!
  • Ada pakar menyebut bahawa kanak-kanak kecil yang di beri susu setiap 3jam tidak akan menghisap ibu jari mereka berbanding yang diberi susu setiap 4jam.
  • Hisap jari juga bukan untuk mendapat perhatian jika dia melakukannya dalam beberapa waktu sebelum waktu makan. Dia bersikap begitu kerana dia lapar.
  • Namun, jika selepas makan masih menghisap ibu jari, ia petanda ibu perlu menghentikan tabiat itu. Ingat, perilaku ini perlu segera dikawal sebelum ia berubah jadi tabiat.
2) Menghisap Puting
  • Secara umumnya bayi yang menyusu susu ibu kurang mnghisap ibu jari mereka. Ini kerana biasanya bayi akan menghisap puting payu dara ibu sehingga puas. 
  • Biarpun usianya sudah meningkat 2tahun dan payudara ibu sudah tidak bersusu, dia tetap akan mencari puting payu dara.
  • Proses ini akan berlangsung antara 5 @ 6 minit sahaja dan ia sekadar untuk menghisap main-main sahaja. Sekadar melepaskan rasa "gian".
3) Mengurangkan Penyusuan
  • Apabila bayi ini semakin besar, secara semulajadi dia tidak memerlukan penyusuan secara kerap. 
  • Bagaimanapun jika dia masih mempunyai 1 tabiat hisap ibu jari, ibu perlu mempertimbangkan sama ada mahu meningkatkan jumlah penyusuan @ tidak.
  • Lagipun susu bagus untuk tumbesarannya.
4) Enam Bulan Masih Hisap Ibu Jari
  • Kanak-kanak kecil mempunyai satu desakan naluri untuk menghisap, tetapi desakan ini biasanya menurun secara semulajadi apabila usia 3 @ 4 bulan.
  • Jika anak kecil kita menghisap ibu jarinya melebihi umur ini, dia melakukannya untuk keselesaan.
  • Kanak-kanak sebegini dilihat sebagai seorang yang pendiam dan mudah kecewa dan sebagai jalan keluar dia akan melakukan tabiat itu.
5) Tumbuh Gigi
  • Bayi yang tumbuh gigi mempunyai satu tabiat menghisap ibu jari, jari @ tangan. Yang ni sebijik cam adik auni abis leleh2 air liur dia. Ini mungkin membantu melegakan tekanan dari gusi mereka.
  • Ibu bapa harus cuba untuk tidak keliru dalam hal ini dengan tabiat hisap jari.
  • Bayi yang mempunyai tabiat menghisap jarinya, mungkin akan meneruskan tabiat ini walaupun sudah tumbuh gigi.
  • Namun, lama-lama tabiat itu akan hilang bila dia mula bersosial dan meneroka persekitarannya dengan lebih luas.
Sebenarnya habit @ tabiat menghisap ibu jari ini ada negatifnya. Kesan yng berpanjangan buat anak-anak.

Kesan Negatif Hisap Ibu Jari


  • kanak-kanak berusia bawah 6tahun lebih berisiko tinggi bila menghisap jari atau puting botol kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka sangat aktif.
  • Apabila ada tekanan di lelangit, gigi dan rahang, ia dengan mudah mengubah bentuk asal bahagian mulut.
  • Banyak kajian pakar ortodontik mendapati amalan menghisap jari dan puting menjadi faktor utama perubahan struktur rahang dan gigi.
  • Selain suja menhusap jari, gigi berlapis, bentuk gigi yng abnormal dan kehilangan gigi akibat rosak atau kemalangan jug menjadi faktor kepada pembentukan gigi jongang.

Oh no! Halimah jongang

Kita sebaga ibu kena sentiasa perhatikan si comel tak ada habit hisap ibu jari. Ini pun untuk kebaikan anak-anak kita bila besar nanti. Jangan sampai anak kita di gelar "halimah jongang". 

Sunday 11 October 2015

8 Cara Merawat Ruam Lampin Yang Menyakitkan Menyerang Bayi Anda

Bestkan bila sentuh kulit bayi gebu, lembut dan nyaman sangat. Keceriaan mereka buat kita senang. Tapi kesian bila ada bayi yang di serang ruam lampin, hilang keceriaan mereka.



Jika bayi kita kerap menangis terutama apabila terkena air ketika mandi berkemungkinan tinggi bayi kita terkena ruam lampin.



Sebagai ibu kita tidak boleh biarkan sahaja tanpa sebarang rawatan kerana risiko untuk jangkitan yang lebih serius tinggi untuk bayi. 

Ruam lampin disebabkan oleh kegatalan kulit yang berlaku apabila bahan kimia air kencing mula di pecahkan oleh kuman-kuman. Pada mulanya kulit akan menjadi bintik-bintik merah dan lembap. Kemudian kulit menjadi tebal dan berkedut dan seterusnya menggelupas di bahagian tepi. Aduiihh pedih ni!



Jika bayi kita memang dah terkena ruam lampin, suka saya sharekan jugak cara merawat dan tip penjagaan elak ruam lampin.

8 Cara Merawat Ruam Lampin Yang Menyerang Bayi Comel.

  1. Segera tukar lampin setiap kali bayi kita membuang air kecil atau besar. Bersihkan dengan air suam, bilas sehingga bersih dan lap dengan tuala lembut pada seluruh punggung dan dicelah-celah paha sehingga kering.
  2. Bersihkan bahagian kelamin dan punggung dengan rapi setiap kali dia membuang air besar. Pastikan kulit bayi kita bersih dan kering sebelum memakaikan lampin baru.
  3. Sapukan sedikit Krim yang mengandungi antiseptik bagi melegakan radang yang dialami. Krim ini juga membantu menghapuskan kuman-kuman pemecah kandungan air kencing.
  4. Gunakan krim pada bahagian lampin secara konsisten kerana ia mampu mencegah jangkitan di samping melegakan dan memberi keredaan kepada kulit bayi yang masih lembut.
  5. Biarkan juga bayi kita tidak memakai lampin seberapa banyak masa yang boleh bagi mempercepatkan pemulihan.
  6. Pilih lampin pakai buang yang mempunyai daya resapan yang tinggi supaya dapat mengurangkan kelembapan yang terkena pada kulitnya. Kita juga boleh menggunakan lampin kain kerana ia lebih semulajadi.
  7. Jika ruam lampin bayi kita disebabkan alahan tertentu, masalah itu akan hilang sendirinya selagi kita tidak menggunakan kembali produk yang memyebabkan ruam itu pada bayi kita.
  8. Biasanya ruam lampin akan pulih dalam 3 ke 4 hari. Bagaimanapun, jika asalah ruam lampin ini masih tidak pulih dan semakin serius, bawalah bayi berjumpa doktor atau pakar pediatrik. Ini kerana ruam lampin mungkin sudah berkembang dan menjadi jangkitan kandida atau infeksi bakteria yang mungkin menimbulkan kesakitan dan rasa tidak selesa.
Kita boleh juga elak ruam jika kita sentiasa ikut tip di bawah.

5 Tip Elak Ruam Lampin Yang Menyakitkan Menyerang Bayi.

  1. Biarkan bayi tanpa memakai lampin seberapa lama yang boleh. Supaya kulit punggung bayi sentiasa kering.
  2. Kerap menukar lampin setiap kali bayi membuang air kecil dan air besar.
  3. Sapukan sedikit krim antiseptik pada punggung bayi setiap kali menukar lampin.
  4. Elakkan menggunakan bedak talkum kerana ia boleh menyebabkan geseran dan berlaku iritasi.
  5. Pastikan lampin yang di pakai longgar dan ada ruang pengaliran udara di sekeliling punggung bayi kita.
Tak salah kita mencuba tip di atas selagi boleh memberi keselesaan pada bayi. Saya percaya tak ada ibu yang sanggup tengok bayi comel depan mata asyik menangis kesakitan.

Alhamdulillah Kakak Ain dan adik Auni bebas dari terkena ruam lampin. Cuma naik bintik air sekejap sahaja. Itu pom dah kelam kabut dah saya rasa. Jadi para ibu jangan jemu dan putus asa untuk beri yang terbaik buat bayi kita. Hanya kita yang tahu apa yang terbaik buat bayi kita.

Thursday 1 October 2015

Cantik secara semulajadi menggunakan apa sahaja yang ada di kawasan rumah

Ramai sungguh yang nak nampak cantik. Nak sangat kulit ala2 artis glemer gitu kan. Tapi sayang bebenor nak keluarkan modal lebih sikit. Tadi duk belek-belek laman 'muka buku' tiba-tiba ibu ternampak cara-cara nak Cantik secara semulajadi menggunakan tumbuhan yang ada di sekeliling rumah.



Mesti ramai tak sabar nak tengokkan apa yang di share oleh imuslim.com. Ibu nak cuba kat umoh nanti so, ibu kena lah share kat sini supaya takde la lupa camne k. Jom kita intai-intai....

Nak cantik menggunakan tumbuhan semulajadi.

1) Untuk Bibir Cantik Berseri.
Bobir cantik semulajadi
  • Hiris dan rendam kunyit hidup di dalam air panas.
  • Gabungkan 1/3 cawan air kunyit hidup, 1/3 cawan santan kelapa dan garam secukup rasa.
  • Kacau sebati dan minum setiap pagi

2) Bebas Selulit

Bebas selulit secara semulajadi
  • Gunakan serbuk kopi dengan sedikit madu dan air.
  • Sapukan pada bahagian tubuh yang terdapat selulit dan biarkan kering.
  • Ia juga mampu menanggalkan sel-sel  kulit mati.

3) Rahsia Tangan Lembut

Tangan lembut semulajadi
  • Lenyek pisang dan gaulkan dengan sedikit mentega.
  • Lumur pada tangan dan urut peelahan2
  • Basuh bersih setelah kering.
  • Untuk hasil yang berkesan, cuba lakukan sekerap yang mungkin.

4) Bulu Mata dan Kening lebat

Bulu Mata, Kening Lebat
  • Gunakan lendir pokok lidah buaya dan sapukan pada bulu mata dan lening.
  • Lakukan berulang kali untuk mendapat hasil terbaik.


5) Atasi Parut Hitam

Kentang - untuk parut hitan


  • Parut nipis kentang dan letakkan pada parut di badan.
  • Lakukan berulang kali sehingga kesan parut tersebut hilang.


6) Jus Pembakar Lemak

Epal - pembakar lemak
  • Mereka yang ingin membuang lemak dalam badan, cuba amalkan minum jus epal setiap pagi.
  • Kisar sebiji epal, setengah biji timun dan setangkai saderi.
  • Jus ini boleh juga mengurangkan sakit kepala.

7) Petua Kuku Sihat

Belimbing Buluh - kuku sihat
  • Belah kepada beberapa bahagian dan gosokkan bahagian dalamnya pada kuku.
  • Kuku akan kelihatan bersih, sihat dan cantik berseri.

8) Naik Seri Wajah

Beras - Naik Seri Wajah
  • Amalkan membasuh muka dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga.
  • Bilas dengan air bersih setelah 10minit. Amalkan selalu.

9) Masker Putih Telur

Telur - masker
  • Ambil 2 biji putih telur dan pukul sampai kembang. Kemudian sapu pada wajah selama 20 hingga 30 minit.
  • Biarkan kering sebelum dicuci.
  • Putih telur dapat menegangkan kulit dan menghilangkan jerawat.

10) Atasi Rambut Bercabang

Daun Bunga Raya - Rambut Bercabang

  • Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lendirnya dan campur dengan sebiji telur ayam kampung beserta sesudu madu lebah.
  • Gaulkan sekata dan sapu pada rambut. Perap dengan tuala selama 10minit kemudian bilas dan keringkan rambut.
  • Amalkan 2kali seminggu.

Jenuh ibu taip untuk kongsi dengan semua hehehe. Ini semua kena rajin n cekal hati nak buat. Inshaa Allah kita semua cantik dan berseri.