Friday 11 December 2015

5 Keburukan Menjemur Baju Dalam Rumah perlu dielakkan untuk kesihatan yang lebih baik

Seminggu kami sekeluarga diserang demam, lepas sorang-sorang. Tapi alhamdulillah cepat recover sebelum menjadi lebih teruk. Terfikir juga kenapa cepat sangat demam mengular dalam rumah ni. 

5 Keburukan Menjemur Baju Dalam Rumah perlu dielakkan untuk kesihatan yang lebih baik
Adik demam

Nak jadikan cerita dalam duk fikir-fikir camne nak buat supaya demam virus tidak terus menyerang bergilir-gilir ahli keluarga, tiba-tiba ternampak kat newsfeed "Resepi Sheila Rusli" share Keburukan Menjemur Baju Dalam rumah. Dushh setempek kena kat muka. Tergerak hati nak share kat semua pembaca blog semua.

5 Keburukan Menjemur Baju Dalam Rumah perlu dielakkan untuk kesihatan yang lebih baik
Jemur Baju Dalam Rumah


Para ibu, isteri mesti pernah jemur baju dalam rumahkan? Lebih2 lagi mereka yang kerja shift atau mereka yang tinggal di rumah2 pangsa yang tiada ruang luar untuk menjemur baju. Kadang-kadang bimbang jugak baju 'dipinjam' orang asingkan? Tapi rupanya ada banyak keburukan yang agak serius jika kita sentiasa mengamal cara begini untuk jangka waktu yang lama.

Keburukan Menjemur Baju Dalam Rumah

  1. Penyebab Kanser - Penggunaan pelembut kain selepas mencuci pakaian penyebab utama penyakit kanser kerana mengandungi acetaldehydes yang tinggi. Berbahaya jika kita selalu sedut udara yang megandungi bau wang tersebut.
  2. Pengaruh Alergi - Udara yang terperangkap didalam rumah boleh berkumpul menjadi bakteria dan kalau kita yang mempunyai masalah penyakit kulit,kita kenacuba mengelak jemur kain di dalam rumah tau. Ini salah satu penyebab utama kita mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.
  3. Beracun - Pernah tak kita basuh kain dan terlupa nak pergi sidai dan akhirnya kain yang di basuh bertukar bau jadi busuk walaupun sudah direndam pelembut kain. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu udara yang disedut beri kesan buruk kepada kesihatan kita tanpa disedari.
  4. Asma - Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembapan ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.
  5. Lemahkan sistem ketahanan tubuh - Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh jika selalu amalkan jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selsema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain.
Jalan penyelesaian yang boleh diambil untuk elak segala bentuk keburukan ini 


  1. dengan jemur baju di luar rumah, bolehlah sediakan tempat jemuran diluar rumah. 
  2. Bagi mereka yang tinggal di rumah flat / pangsa / appartment yang tiada ruangan udara untuk menjemur, di galakkan cuci kering lagi selamat. Cuma nak menjimat tak begitu berjayalah.
  3. Kurangkan penggunaan pewangi dan pelembut pakaian yang terdapat banyak campuran bahan kimia.

Semuanya sebenarnya terletak kat pilihan kita. Kalau boleh, kain yang basah mestilah terdedah dengan cahaya matahari dan peredaran angin yang sempurna. Tetapi jangan secara terus kerana menyebabkan kain cepat kusam dan pudar warnanya.


5 Keburukan Menjemur Baju Dalam Rumah perlu dielakkan untuk kesihatan yang lebih baik
Get Clean Yang Semulajadi

Kita juga boleh bertukar pencuci dan pelembut yang semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Kain pun tak pudar atau rosak, yang paling penting udara yang kita sedut hari-hari tidak tercemar dengan bahan kimia.

Friday 20 November 2015

Esp menjadi suplemen yang hebat bagi mereka yang tak gemar Susu dan Soya.

Bila terkenang mula2 kenal ESP ni mcm tak caya boleh jadi minuman feberet sekarang.
Saya memang terkenal di kalangan sahabat-sahabat dan keluarga tak lalu nak telan apa saja yang berbau susu @ berwarna seakan susu.. Tak sangka Esp menjadi suplemen yang hebat bagi mereka yang tak gemar Susu dan Soya seperti saya.

Esp menjadi suplemen yang hebat bagi mereka yang tak gemar Susu dan Soya.
ESP campur Milo

Tapi di sebabkan kesan dari kerosakkan badan selepas bersalin anak pertama, saya pasrah consume ESP tapi bancuh mesti warna coklat.. Tak boleh pergi dengan warna putih.. ;) Ramai di antara pengguna ESP ada cara tersendiri bancuh ESP. Yang pasti semua sangat awesome.

Esp menjadi suplemen yang hebat bagi mereka yang tak gemar Susu dan Soya.
ESP - Non GMO


Kesan yang saya dapat dari pengambilan ESP?

Esp menjadi suplemen yang hebat bagi mereka yang tak gemar Susu dan Soya.
ESP - Untuk Ibu Hamil

1) parut yang sangat2 teruk ketika mengandung semakin pudar..

2) kulit makin lembut

Esp menjadi suplemen yang hebat bagi mereka yang tak gemar Susu dan Soya.
ESP - Untuk Kulit Kering ( testimoni )

3) warna kulit sekata dan muka tidak berminyak. Tak payah pakai bedak dah.

4) Tenaga walau tak 100% full tetap ada berbanding dulu

5) Imun badan pom makin baik. Kalu dulu MC dah 0 bulan November, skang masih ada balance.. Tak sangka lak.

6) susu badan pom pekat n masih banyak walau adik dah berumur 20bulan.

7) Takde istilah pagi2 ber auuucum.. Hheheh

8) Mana-mana bahagian Kulit dulu Hitam dah kembali cerah..

9) Tak ada lagi Gusi Berdarah.

10) Halang diri dari terus rasa nak makan. Kalu tak badan dah lagi besarr dari skang ni.

Banyak lagi ni nak list.. Tapi cukupla ni. Kesan pengambilan produk shaklee ni bergantung pada badan. Apa yng kurang pada badan. Kat situla dia tampung nutrisi.. Tak mau berlopong2.. Inshaa Allah diberi panjng umur, kesihatan yang baik nak kekal muda dan kuat untuk anak-anak2 dan suami.

Note: jangan sesekali skip breakfast jika korang dalam proses diet tau. 


๐ŸŽ‰⚡PROMOSI NOVEMBER⚡๐ŸŽ‰
๐Ÿ’กBeli 6 Vitamin C Percuma 1
๐Ÿ’กBeli 2 Vitamin C LESS 5%
๐Ÿ’กBeli 2 VIVIX LESS 5%
๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป
Hubungi Saya ๐Ÿ’
๐Ÿ“ : 012-6568548
๐Ÿ“ฑ : 012-6568548
๐Ÿ“ž : 012-6568548
penghantaran : Pos Laju ๐Ÿ“ฎ, Gdex ๐Ÿ“ฆ

Thursday 29 October 2015

Si Manja Memerlukan Lemak Untuk Perkembangan Otak Pada Awal Tumbesaran Mereka.

Masih tercari-cari apa diet yang sesuai untuk perkembangan otak si manja ibu. Terpandang Artikel Pa&Ma yang mengatakan Si Manja Memerlukan Lemak Untuk Perkembangan Otak Pada Awal Tumbesaran Mereka.

Si Manja Memerlukan Lemak Untuk Perkembangan Otak Pada Awal Tumbesaran Mereka.
Otak anak semakin berkembang

Lemak yang macam mana yang sesuai dengan si manja kita? Mesti bukan lemak sembarangankan? Kita kena tahu cara utama untuk menggalakkan perkembangan optimum otak kanak-kanak ialah melalui diet yang mengandungi asid lemak perlu yang mencukupi.

Asid lemak perlu tidak boleh di hasilkan oleh tubuh dan perlu di perolehi daripada makanan. Jadi, kita sebagai ibu bapa harus tahu apakah asid lemak perlu mengapa anak-anak perlukannya dan bagaimana kita nak pastikan mereka mendapat secukupnya.

Si Manja Memerlukan Lemak Untuk Perkembangan Otak Pada Awal Tumbesaran Mereka.

Lemak yang di perlukan untuk fungsi otak anak-anak ialah asid lemak Omega-3 yang boleh didapati daripada kacang soya, kekacang, tuna dan salmon. Juga asid lemak omega-6 yang boleh didapati daripada kekacang, minyak bunga matahari, bijan dan minyak sayuran.

Omega-3 dan omega-6 turut menghasilkan sejenis bahan kimia Yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara bahan yang terdapat dalam kumpulan eicosanoid ialah prostaglandins. Peranan prostaglandins pada tubuh ialah:

๐Ÿ˜Š memastikan suhu badan kekal pada tahap normal.
๐Ÿ˜Š membaik pulih sel dan membentuk sel-sel baru.
๐Ÿ˜Šmengawal tekanan bendalir terutamanya pada bahagian mata dan telinga.
๐Ÿ˜Š penting untuk tindak balas alergik
๐Ÿ˜Š mengawal aturan sistem pencernaan di dalam perut.

Fungsi Lemak!

Lemak penting kepada anak kita kerana dapat membantu penyerapan nutrien, transmisi saraf dan mengekalkan keutuhan membran sel. Selain dariada membekalkan tenaga, lemak juga membantu mengekalkan kesihatan kulit dan rambut, melindungi organ penting dalam tubuh dengan menebat dan mengekalkan suhu badan.

Fungsi lemak dalam tubuh anak:-

  1. Membekalkan bagan seakan hormon untuk mengawal banyak fungsi badan.
  2. Asid lemak omega-3 membantu pertumbuhan, perkembangan dan fungsi otak.
  3. Membantu tubuh menyerap vitamin A,D,E dan K yang larut lemak.
  4. Membekalkan komponen struktur mielin, sarung penebat lemak di sekeliling setiap saraf bagi mmbolehkannya menghantar perutusan dengan cepat.
  5. Komponen penting untuk kesihatan dan fungsi membran.
  6. Menebat dan bertindak sebagai penyerap hentakan bagi tulang dan organ.
Kanak-kanak memerlukan lebih banyak lemak dalam diet mereka. Oleh yang demikian, kita di nasihatkan agar memberi anak-anak 2 hingga 3 cawan susu setiap hari.

Si Manja Memerlukan Lemak Untuk Perkembangan Otak Pada Awal Tumbesaran Mereka.
Perkembangan Otak anak


Walaupun kadang-kadang kita khuatir mengenai pengambilan lemak berlebihan.  Anak-anak yang berumur dibawah 2 tahun tidak seharusnya di beri susu rendah lemak, susu krim atau susu tanpa lemak kecuali dinasihatkan oleh pakar pemakanan dan pakar pediatrik.

Kandungan lemak mengikut saranan susu hidangan untuk setiap hari adalah memadai dan boleh menolong membekalkan jumlah keperluan tenaga untuk tumbesaran yang normal.

Link Berkaitan :
1) Lemak - omega-3
2) Omega-3 untuk lebih tumpuan

Tuesday 20 October 2015

Warna Najis Si Manja Anda Berubah Warna? Kenapa ni... Jom Kenali Warna Najis Bayi.

Ramai rupanya ibu yang masih tercari-cari kenapa najis anak kecik selalu berubah warna. Masa Kakak Ain kecik dulu pom cuak jugak kenapa adakalanya najis dia hijau gelap, kadang kuning, kadang hitam terus..

Kenali warna najis si manja
Bayi yang menyusu badan tanpa makan makanan pejal akan membuang air besar sekurang-kurangnya 4kali sehari. Namun jangan bimbang yer para ibu sekiranya bayi kecik membuang sekali sahaja dalam sehari ia juga di anggap normal. Tapi pastikan najis yang keluar lembut dan mudah.

Manakala bayi yang menyusu susu formula, perlu kerap membuang air besar setiap hari untuk mengelak sembelit. Begitu juga dengan warna najisnya akan berubah warna.

Jom kenali warna najis bayi kecil anda

1) Hitam Kehijau-hijauan dan melekit.



  • Ibu yang baru pertama kali menyambut kelahiran bayi mesti terkejut melihat warna najis si manja ketika menukar lampinnya. 
  • Mana tidaknya, najisnya berwarna hijau kehitaman dan melekit.
  • Jangan bimbang ini adalah normal, yang dilihat itu adalah mekonium. Inilah bentuk bahan buangan bayi semasa berada dalam rahim ibu. 
  • Najis pertama ini adalah petunjuk baik bahawa usus bayi tiada gangguan dan dapat mengeluarkan najis dengan sempurna.
2) Kuning Pucuk Pisang Gelap.


  • Selepas 24jam pertama, semua mekonium dikeluarkan. Kemudian ibu akan melihat perubahan kepada warna najis simanja iaitu berwarna kuning pucuk pisang gelap.
  • Ada juga kemungkinan mengandungi kesan darah. Ia berlaku mungkin disebabkan bayi tertelan darah ibu semasa proses bersalin.
  • Untuk mengelak sebarang masalah, simpan najis yang mengandungi darah untuk di tunjukkan kepada doktor.
3) Najis Hitam
  • Jika simanja minum susu formula yng mengandungi iron-fortified atau vitamib jenis cecair yang mengandungi iron, najisnya kemungkinan berwarna hijau, kehijau-hijauan, coklat tua atau hitam.
  • Ada sesetengah bayi, najisnya bewarna coklat tua, kehijau-hijauan atau hitam disebabkan tindak balas bakteria di dalam ususnya dan pengambilan vitamin yang mengandungi zat besi sulfat.
  • Jika bayi ibu mempunyai najis bewarna hitam tetapi tidak mengambil sebarang vitamin atau susu formula yang mengandungi iron, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
4) Kuning


  • Warna ini adalah normal jika bayi hanya mendapay penyusuan ibu sahaja tanpa campuran susu formula.
  • Warna kuning disebabkan bayi mendapat susu ibu sepenuhnya dari foremik (susu bahagian hadapan payudara ibu) dan hindmik (susu dari payudara belakang ibu).
  • Anda tidak perlu risau jika najis simanja cair. Ini kerana bayi melakukan penyusuan secara eksklusif daripada ibunya.
Hah, ibu sekalian, jangan cuak tau jika najis si manja bertukar-tukar warna. Cuma sekiranya warna berubah tanpa tau punca itu yang perlu di ambil tindakan. Segera jumpa doktor untuk mendapat kepastian.

Thursday 15 October 2015

Kenapa Bayi Suka Hisap Ibu Jari Mereka dan Apa Kesan Negatif Dari Habit Ini.

Sambil menyusukan adik auni tiba-tiba terbaca majalah Pa&Ma ni. Bercerita tentang perkembangan anak 1-2 tahun. Tertarik pula pada artikel pasal bayi suka hisap ibu jari. Rasa nak sharelah sebab sekarang ni ramai sangat ibu muda amik enteng perkara ini.

Bayi suka hisap ibu jari


Kenapa Bayi Suka Hisap Ibu Jari Mereka dan Apa Kesan Negatif Dari Habit Ini. 

Fakta menjelaskan bahawa semua kanak-kanak kecil hisap ibu jarinya. Keadaan ini membimbangkan ibu bapa kerana tabiat ini jika di biarkan berterusan akan merosak gigi. 

Ibu bapa juga perlu tahu bahawa perilaku ini terbentuk secara semulajadi kepada kanak-kanak kecil sama ada kerana lapar, mencari keselesaan, atau hanya ingin tahu mengenai anggota badannya.

Jangan tarik ibu jari adik


Tapi ingat! Jangan sesekali tarik ibu jarinya daripada mulutnya jika setiap masa dia melakukan tabiat itu. Tindakan ini tidak betul. Apa yang perlu, ibu bapa harus ingat bahawa tabiat ini akan beransur hilang apabila bayi mencapai usia tiga hingga enam tahun.

1) Kelaparan  
I'm Hungry!
  • Ada pakar menyebut bahawa kanak-kanak kecil yang di beri susu setiap 3jam tidak akan menghisap ibu jari mereka berbanding yang diberi susu setiap 4jam.
  • Hisap jari juga bukan untuk mendapat perhatian jika dia melakukannya dalam beberapa waktu sebelum waktu makan. Dia bersikap begitu kerana dia lapar.
  • Namun, jika selepas makan masih menghisap ibu jari, ia petanda ibu perlu menghentikan tabiat itu. Ingat, perilaku ini perlu segera dikawal sebelum ia berubah jadi tabiat.
2) Menghisap Puting
  • Secara umumnya bayi yang menyusu susu ibu kurang mnghisap ibu jari mereka. Ini kerana biasanya bayi akan menghisap puting payu dara ibu sehingga puas. 
  • Biarpun usianya sudah meningkat 2tahun dan payudara ibu sudah tidak bersusu, dia tetap akan mencari puting payu dara.
  • Proses ini akan berlangsung antara 5 @ 6 minit sahaja dan ia sekadar untuk menghisap main-main sahaja. Sekadar melepaskan rasa "gian".
3) Mengurangkan Penyusuan
  • Apabila bayi ini semakin besar, secara semulajadi dia tidak memerlukan penyusuan secara kerap. 
  • Bagaimanapun jika dia masih mempunyai 1 tabiat hisap ibu jari, ibu perlu mempertimbangkan sama ada mahu meningkatkan jumlah penyusuan @ tidak.
  • Lagipun susu bagus untuk tumbesarannya.
4) Enam Bulan Masih Hisap Ibu Jari
  • Kanak-kanak kecil mempunyai satu desakan naluri untuk menghisap, tetapi desakan ini biasanya menurun secara semulajadi apabila usia 3 @ 4 bulan.
  • Jika anak kecil kita menghisap ibu jarinya melebihi umur ini, dia melakukannya untuk keselesaan.
  • Kanak-kanak sebegini dilihat sebagai seorang yang pendiam dan mudah kecewa dan sebagai jalan keluar dia akan melakukan tabiat itu.
5) Tumbuh Gigi
  • Bayi yang tumbuh gigi mempunyai satu tabiat menghisap ibu jari, jari @ tangan. Yang ni sebijik cam adik auni abis leleh2 air liur dia. Ini mungkin membantu melegakan tekanan dari gusi mereka.
  • Ibu bapa harus cuba untuk tidak keliru dalam hal ini dengan tabiat hisap jari.
  • Bayi yang mempunyai tabiat menghisap jarinya, mungkin akan meneruskan tabiat ini walaupun sudah tumbuh gigi.
  • Namun, lama-lama tabiat itu akan hilang bila dia mula bersosial dan meneroka persekitarannya dengan lebih luas.
Sebenarnya habit @ tabiat menghisap ibu jari ini ada negatifnya. Kesan yng berpanjangan buat anak-anak.

Kesan Negatif Hisap Ibu Jari


  • kanak-kanak berusia bawah 6tahun lebih berisiko tinggi bila menghisap jari atau puting botol kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka sangat aktif.
  • Apabila ada tekanan di lelangit, gigi dan rahang, ia dengan mudah mengubah bentuk asal bahagian mulut.
  • Banyak kajian pakar ortodontik mendapati amalan menghisap jari dan puting menjadi faktor utama perubahan struktur rahang dan gigi.
  • Selain suja menhusap jari, gigi berlapis, bentuk gigi yng abnormal dan kehilangan gigi akibat rosak atau kemalangan jug menjadi faktor kepada pembentukan gigi jongang.

Oh no! Halimah jongang

Kita sebaga ibu kena sentiasa perhatikan si comel tak ada habit hisap ibu jari. Ini pun untuk kebaikan anak-anak kita bila besar nanti. Jangan sampai anak kita di gelar "halimah jongang". 

Sunday 11 October 2015

8 Cara Merawat Ruam Lampin Yang Menyakitkan Menyerang Bayi Anda

Bestkan bila sentuh kulit bayi gebu, lembut dan nyaman sangat. Keceriaan mereka buat kita senang. Tapi kesian bila ada bayi yang di serang ruam lampin, hilang keceriaan mereka.



Jika bayi kita kerap menangis terutama apabila terkena air ketika mandi berkemungkinan tinggi bayi kita terkena ruam lampin.



Sebagai ibu kita tidak boleh biarkan sahaja tanpa sebarang rawatan kerana risiko untuk jangkitan yang lebih serius tinggi untuk bayi. 

Ruam lampin disebabkan oleh kegatalan kulit yang berlaku apabila bahan kimia air kencing mula di pecahkan oleh kuman-kuman. Pada mulanya kulit akan menjadi bintik-bintik merah dan lembap. Kemudian kulit menjadi tebal dan berkedut dan seterusnya menggelupas di bahagian tepi. Aduiihh pedih ni!



Jika bayi kita memang dah terkena ruam lampin, suka saya sharekan jugak cara merawat dan tip penjagaan elak ruam lampin.

8 Cara Merawat Ruam Lampin Yang Menyerang Bayi Comel.

  1. Segera tukar lampin setiap kali bayi kita membuang air kecil atau besar. Bersihkan dengan air suam, bilas sehingga bersih dan lap dengan tuala lembut pada seluruh punggung dan dicelah-celah paha sehingga kering.
  2. Bersihkan bahagian kelamin dan punggung dengan rapi setiap kali dia membuang air besar. Pastikan kulit bayi kita bersih dan kering sebelum memakaikan lampin baru.
  3. Sapukan sedikit Krim yang mengandungi antiseptik bagi melegakan radang yang dialami. Krim ini juga membantu menghapuskan kuman-kuman pemecah kandungan air kencing.
  4. Gunakan krim pada bahagian lampin secara konsisten kerana ia mampu mencegah jangkitan di samping melegakan dan memberi keredaan kepada kulit bayi yang masih lembut.
  5. Biarkan juga bayi kita tidak memakai lampin seberapa banyak masa yang boleh bagi mempercepatkan pemulihan.
  6. Pilih lampin pakai buang yang mempunyai daya resapan yang tinggi supaya dapat mengurangkan kelembapan yang terkena pada kulitnya. Kita juga boleh menggunakan lampin kain kerana ia lebih semulajadi.
  7. Jika ruam lampin bayi kita disebabkan alahan tertentu, masalah itu akan hilang sendirinya selagi kita tidak menggunakan kembali produk yang memyebabkan ruam itu pada bayi kita.
  8. Biasanya ruam lampin akan pulih dalam 3 ke 4 hari. Bagaimanapun, jika asalah ruam lampin ini masih tidak pulih dan semakin serius, bawalah bayi berjumpa doktor atau pakar pediatrik. Ini kerana ruam lampin mungkin sudah berkembang dan menjadi jangkitan kandida atau infeksi bakteria yang mungkin menimbulkan kesakitan dan rasa tidak selesa.
Kita boleh juga elak ruam jika kita sentiasa ikut tip di bawah.

5 Tip Elak Ruam Lampin Yang Menyakitkan Menyerang Bayi.

  1. Biarkan bayi tanpa memakai lampin seberapa lama yang boleh. Supaya kulit punggung bayi sentiasa kering.
  2. Kerap menukar lampin setiap kali bayi membuang air kecil dan air besar.
  3. Sapukan sedikit krim antiseptik pada punggung bayi setiap kali menukar lampin.
  4. Elakkan menggunakan bedak talkum kerana ia boleh menyebabkan geseran dan berlaku iritasi.
  5. Pastikan lampin yang di pakai longgar dan ada ruang pengaliran udara di sekeliling punggung bayi kita.
Tak salah kita mencuba tip di atas selagi boleh memberi keselesaan pada bayi. Saya percaya tak ada ibu yang sanggup tengok bayi comel depan mata asyik menangis kesakitan.

Alhamdulillah Kakak Ain dan adik Auni bebas dari terkena ruam lampin. Cuma naik bintik air sekejap sahaja. Itu pom dah kelam kabut dah saya rasa. Jadi para ibu jangan jemu dan putus asa untuk beri yang terbaik buat bayi kita. Hanya kita yang tahu apa yang terbaik buat bayi kita.

Thursday 1 October 2015

Cantik secara semulajadi menggunakan apa sahaja yang ada di kawasan rumah

Ramai sungguh yang nak nampak cantik. Nak sangat kulit ala2 artis glemer gitu kan. Tapi sayang bebenor nak keluarkan modal lebih sikit. Tadi duk belek-belek laman 'muka buku' tiba-tiba ibu ternampak cara-cara nak Cantik secara semulajadi menggunakan tumbuhan yang ada di sekeliling rumah.



Mesti ramai tak sabar nak tengokkan apa yang di share oleh imuslim.com. Ibu nak cuba kat umoh nanti so, ibu kena lah share kat sini supaya takde la lupa camne k. Jom kita intai-intai....

Nak cantik menggunakan tumbuhan semulajadi.

1) Untuk Bibir Cantik Berseri.
Bobir cantik semulajadi
  • Hiris dan rendam kunyit hidup di dalam air panas.
  • Gabungkan 1/3 cawan air kunyit hidup, 1/3 cawan santan kelapa dan garam secukup rasa.
  • Kacau sebati dan minum setiap pagi

2) Bebas Selulit

Bebas selulit secara semulajadi
  • Gunakan serbuk kopi dengan sedikit madu dan air.
  • Sapukan pada bahagian tubuh yang terdapat selulit dan biarkan kering.
  • Ia juga mampu menanggalkan sel-sel  kulit mati.

3) Rahsia Tangan Lembut

Tangan lembut semulajadi
  • Lenyek pisang dan gaulkan dengan sedikit mentega.
  • Lumur pada tangan dan urut peelahan2
  • Basuh bersih setelah kering.
  • Untuk hasil yang berkesan, cuba lakukan sekerap yang mungkin.

4) Bulu Mata dan Kening lebat

Bulu Mata, Kening Lebat
  • Gunakan lendir pokok lidah buaya dan sapukan pada bulu mata dan lening.
  • Lakukan berulang kali untuk mendapat hasil terbaik.


5) Atasi Parut Hitam

Kentang - untuk parut hitan


  • Parut nipis kentang dan letakkan pada parut di badan.
  • Lakukan berulang kali sehingga kesan parut tersebut hilang.


6) Jus Pembakar Lemak

Epal - pembakar lemak
  • Mereka yang ingin membuang lemak dalam badan, cuba amalkan minum jus epal setiap pagi.
  • Kisar sebiji epal, setengah biji timun dan setangkai saderi.
  • Jus ini boleh juga mengurangkan sakit kepala.

7) Petua Kuku Sihat

Belimbing Buluh - kuku sihat
  • Belah kepada beberapa bahagian dan gosokkan bahagian dalamnya pada kuku.
  • Kuku akan kelihatan bersih, sihat dan cantik berseri.

8) Naik Seri Wajah

Beras - Naik Seri Wajah
  • Amalkan membasuh muka dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga.
  • Bilas dengan air bersih setelah 10minit. Amalkan selalu.

9) Masker Putih Telur

Telur - masker
  • Ambil 2 biji putih telur dan pukul sampai kembang. Kemudian sapu pada wajah selama 20 hingga 30 minit.
  • Biarkan kering sebelum dicuci.
  • Putih telur dapat menegangkan kulit dan menghilangkan jerawat.

10) Atasi Rambut Bercabang

Daun Bunga Raya - Rambut Bercabang

  • Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lendirnya dan campur dengan sebiji telur ayam kampung beserta sesudu madu lebah.
  • Gaulkan sekata dan sapu pada rambut. Perap dengan tuala selama 10minit kemudian bilas dan keringkan rambut.
  • Amalkan 2kali seminggu.

Jenuh ibu taip untuk kongsi dengan semua hehehe. Ini semua kena rajin n cekal hati nak buat. Inshaa Allah kita semua cantik dan berseri.




Saturday 12 September 2015

Khasiat Ulam Petai Buat Lelaki dan wanita untuk Kekal Sihat.

Pernah nampak tak abg sado duk makan nasi cicah budu ulam lak PETAI. Wow tak sangkakan. Badan berpetak-petak, otot lak timbul berketul-ketul uish makan lak nasi panas dan ulam petai cicah budu. Akak comel, akak cun pom sama jugak hadap makanan tu. Ishish apalah yang hebat sangat petai tu.

Khasiat Ulam Petai Buat Lelaki dan wanita untuk Kekal Sihat.
Petai Segar

Saya bukan tak makan cuma x gemar rasa dan bau toilet. Tapu sebenarnya itulah yang terbaik. Jom kita intai2 manfaat petai buat kita manusia yang banyak terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat.

Manfaat petai untuk kita manusia.

1) Meningkatkan 'Mood'
Khasiat Ulam Petai Buat Lelaki dan wanita untuk Kekal Sihat.
Tingkatkan mood jangan stress
  • Sesiapa yang 'mood' selalu turun naik baik ambil ulam petai ni sebab petai mengandungi tryptophan - protien yang menggalakkan hormon serotonin yang membuatkan kita rasa rilek, emosi bagus dan memberi perasaan rasa gembira.
2) Mengatasi Sindrom Pramenstruasi (PMS)
  • Akak-akak, adik-adik yang ada PMS ni sangat di galakkan memakan ulam petai.
  • Vitamin B6 yang ada dalam petai mampu menuetralkan glukosa dalam darah kita.
3) Membantu Mereka yang Anemia

Khasiat Ulam Petai Buat Lelaki dan wanita untuk Kekal Sihat.
Merangsang pembentukan hemoglobin dalam darah

  • Petai juga mengandungi zat besi yang tinggi - merangsang pembentukan hemoglobin dalam darah.
  • So, kalu ada sedara mara, rakan2 yang mengalami masalah kurang darah @ anemia cubala makan petai.
4)Mengurangkan Tekanan Darah
  • Petai juga mengandungi kalium yang tinggi, namun rendah garam. Jadi petai sangatlah elok dimakan oleh kita yang ada tekanan darah tinggi.
  • US Food and Drug Administration telah mengakui bahawa petai adalah buah/ulam yang dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan stroke.
5) Memberi Kekuatan Otak
  • Sekolah Twickenham telah membuat uji penelitian dengan makan petai pada waktu sarapan pagi dan makan tengahari dalam usaha meningkatkan kemampuan otak mereka.
  • Hasil penelitian ini telah menunjukkan bahawa kalium yang banyak dalam petai dapat membantu pelajar lebih peka dan fokus.
6) Mengelak dari Sembelit

Khasiat Ulam Petai Buat Lelaki dan wanita untuk Kekal Sihat.
Petai elak sembelit

  • Petai sangat di galakkan untuk mereka yang mengalami masalah sembelit kerana petai merupakan tinggi serat.
  • Usus kita sangat perlukan serat untuk membantu proses pencernaan. Jadi mereka yang suka petai akan terhindar dari masalah sembelit.
7) Memberi Tenaga
  • Petai mengandungi 3jenis gula yang membantu mengatasi keletihan ketika kita sedang beraktiviti.
8) Mengurangkan Sakit Saraf
  • Petai juga mengandungi Vitamin B yang tinggi dan sekaligus mengurangkan sakit yang menyerang sistem saraf.
  • Kita akan mudah merasa tenang apabila selesai melakukan tugas harian kita.
9) Mengurangi Kesan Merokok

Khasiat Ulam Petai Buat Lelaki dan wanita untuk Kekal Sihat.
Kesan merokok

  • Petai mengandungi Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat dalam petai akan membantu memulihkan paru2 akibat kesan buruk Nikotin pada ROKOK.
10) Mengatasi Kemurungan
  • Kalium yang terkandung dalam petai merupakan elektrolit penting untuk kesihatan kerana mampu membantu menormalkan kadar denyutan jantung kita, menyalurkan oksigen ke otak serta mengimbangi kadar air dalam tubuh kita.
  • Petai tinggi kadar kalium didalamnya sehingga mampu membantu sistem metabolisme dan sekaligus dapat mengatasi kemurungan.
11) Awet Muda
  • Petai mengandungi protien yang tinggi berguna untuk memudakan kulit sehingga membantu kita untuk kekal muda.
  • Tau tak korang yang petai diimport bertujuan untuk di jadikan sbg bahan kosmetik.
12) Menambah Nafsu Makan
  • Jika kita kurang selera makan petai pasti akan membangkitkan selera kita.
  • Ramai yang membuktikan selera makan mereka meningkat bila amik petai dalam diet mereka.
Inilah sebab abg sado dan hakak cantik pom xleh nak tolak makan ulam petai sbb banyak khasiatnya. Nak jadi cam abg sado kenala banyak makan benda-benda yang berkhasiat.

Friday 4 September 2015

Halang Jantung Anda Dari Berhenti Berdenyut Secara Tiba-tiba.

Masalah jantung tetap merupakan pembunuh utama kita di dunia kini. Memang tidak boleh di sangkal lagi. Lagipun gaya hidup masyarakat kini terlalu menghadkan masa untuk aktiviti luar. Sejauh mana kita cuba halang jantung kita dari berhenti berdenyut secara tiba-tiba?

Halang Jantung Anda Dari Berhenti Berdenyut Secara Tiba-tiba.
Hargai Jantung kita


Macam mana kita nak halang jantung kita dari berdenyut secara tiba-tiba.
  • Senaman yang teratur
  • Pengurusan emosi yang bijak
  • Diet mestilah rendah lemak dan kolesterol
  • Pengambilan suplemen yang menjaga jantung - produk-produk shaklee.
Suplemen shaklee untuk kesihatan jantung.

Halang Jantung Anda Dari Berhenti Berdenyut Secara Tiba-tiba.
Omega Guard

1) Omega Guard
  • Memgandungi minyak ikan yang terbaik
  • Membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 bieh mengurangkan risiko penyait jantung koronari.
  • Penyelidikan jugak menunjukkan paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular.
  • Membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.
  • Tambahan jugak omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan, dan fungsi-fungsi sendi.
Halang Jantung Anda Dari Berhenti Berdenyut Secara Tiba-tiba.
CoqHealth

2) CoqHealth Plus
  • Menampilkan adunan proprietari serba semulajadi iaitu 28gm Coq10 dengan Vitamin E dan Ekstrak Teh Hijau di dalam kapsul minyak kacang soya bagi pelarutan maksimum untuk penyerapan dan ketersediaan bio yang lebih baik.
  • Merangsang penghasilan tenaga jantung dan melancarkan peredaran darah.
  • Menyihatkan dan melindungi arteri daripada pengoksidaan LDL.
  • Membantu meningkatkan dan mengekalkan paras Coq10 di dalam darah.
Halang Jantung Anda Dari Berhenti Berdenyut Secara Tiba-tiba.
Phytocol-ST

3) Phytocol-ST
  • Rumusan proprietari yang dapat Manghalang Penyerapan Kolesterol oleh tubuh.
  • Mengandungi bahan-bahan yang terBUKTI secara klinikal, dan disokong oeh lebih 80 kajian, berkesan dalam merendahkan paras kolesterol LDL secara semulajadi.
  • Dirumus daripada campuran sterol dan stanol.
  • Membekalkan 2000mg sterol dan stanol tumbuhan setiap hari, mengikut saranan institut kesihatan kebangsaan (NIH).
Halang Jantung Anda Dari Berhenti Berdenyut Secara Tiba-tiba.
Garlic Complex

4) Garlic Complex
  • Kajian menunjukkan bawang putih berupaya meningkatkan kesihatan kardiovaskular.
  • membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolesterol apabila diambil sebagai diet harian yabg sihat.
  • Alisin merupakan sebatian aktif daripada bawang putih yang menyumbang kepada pelbagai manfaat kesihatannya.
  • Bawang putih telah lama digunakan secara traditional untuk melegakan batuk, demam selsema dan melancarkan peredaran darah.


Alhamdulillah, suplemen-suplemen di atas memang menjadi pilihan buat mereka yang sangat-sangat pentingkan kesihatan jantung. Sekurang-kurangnya kita berusaha untuk hidup lebih sihat.


"Mencegah Lebih Baik Dari Merubati"

~ mazmohd ~
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz


Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya

Tuesday 18 August 2015

Sembelit Punca Gadis Remaja Mengalami Masalah Kulit Berminyak & Berjerawat

Zaman sekarang ni semua nak nampak cantik, slim, menarik, anggun, jelita dan macam-macam lagi istilah yang kita guna yang boleh menarik perhatian semua di luar sana terutama orang yang kita sayang. Kita sanggup berabis duit kearah itu. Tahu tak semua yang SEMBELIT juga punca gadis remaja mengalami masalah kulit berminyak dan berjerawat.

Sembelit Punca Gadis Remaja Mengalami Masalah Kulit Berminyak & Berjerawat
Kulit berminyak dan berjerawat


Mesti ada yang memberi tanggapan negatif tentang ini. Tapi tahu tak sebenarnya kesihatan kita bergantung apa yang kita makan dan apa yang perut hadam. Kalu semalam duk balu KFC, M'D, Pizza HOT, etc yang segalanya cepat dan pantas tapi kita simpan dalam perut berhari-hari disebabkan susah nak 'membuang' / sembelit.

Sembelit Punca Gadis Remaja Mengalami Masalah Kulit Berminyak & Berjerawat
Sembelit


Dahla mkanan tu pun di perap berhari-hari, kita makan simpan lak berhari-hari alih-alih segala benda alah toksin tu berkumpul dan menyebabkan hormon terganggu, sel-sel badan kita makin rosak dan wujudnya bukit-bukit kecik di sekitar wajah gebu kita tu.

Sembelit Punca Gadis Remaja Mengalami Masalah Kulit Berminyak & Berjerawat
Jangan pakai produk sebelun bersihkan perut


Pakaila apa pun yang kita nak pakai kalu tak mula dari pembersihan perut tak jadi adik, akak, abg semua. Ibu bukan nak kata ibu pandai sangat tapi ini pengetahuan umum kot. Just share saja. Peringatan untuk ibu dan peringatan untuk semua.

Sembelit Punca Gadis Remaja Mengalami Masalah Kulit Berminyak & Berjerawat
Herb-Lax 


Camne nak membersihkan perut kita ni. Kita boleh minum air kelapa fresh dua, tiga hari lepas tu baru cuba barangan yang kita beli tadi. Ibu memang sangat gemar minum air kelapa tapi susah nak cari so, ibu telan HERB-LAX Shaklee. Malam telan 3-4 biji esok pembuangan lancar aje.

Tak kesah dah toilet cangkung ke @ toilet duduk semua dah boleh guna. Kalu dulu nak yang duduk aje sebab lama duk mengcangkung smp kebas kaki nak bangun pom susah. Sekarang masalah tamggung beres.

Amik suplemen cantik shaklee pun cepat nampak kesan sebab perut kita bersih, jadi apa saja ubat @ suplemen senang badan nak serap. Alhamdulillah setakat ni jerawat segan-segan nak timbul kat wajah gebu ibu ni.

Jangan sesekali amik jalan pantas tau adik, akak, abang. Dah rosak wajah @ kulit kos rawatannya lagi berganda-ganda tau. Pilih yang KKM dah sahkan produk tu bebas bahan-bahan kimia yang merbahaya.

Nak dapatkan produk shaklee tapi tak tahu bagaimana? Jangan malu , jangan segan, ibu sentiasa terbuka menerima whatsapp/PM/SMS semua. Tapi ingat mereka yang nak tahu pasal produk atau sal pembelian. Yang 'pelik' ibu tak layan k.


"Mencegah Lebih Baik Dari Merubati"

~ mazmohd ~
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz


Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya

Friday 14 August 2015

Kenapa Gemar Sangat Dengan Produk Shaklee dah macam tak ada produk lain dah

Tetiba ibu terlintas nak cerita Kenapa Gemar Sangat Dengan Produk Shaklee dah macam tak ada produk lain dah ni. Ibu kenal shaklee masa tu ibu sibuk nak bukak restoran steamboat, ibu masih keje dan ibu baru hamil anak ke-2..

Kenapa Gemar Sangat Dengan Produk Shaklee dah macam tak ada produk lain dah
Shaklee produk hebat


Jujur ibu cakap memang langsung tak terdetik kat hati ni nak amik suplemen sebab ibu takut badan ibu makin naik. Yer la ramai duk cakap bila kita makan vitamin kita akan gemuk. Huish takut la, badan masa tu pun dah tak sanggup nak tengok ni nak tambah lagi.

Tapi memandangkan episode hamil anak pertama sangat mengerikan. Jadi, ibu ushala kawan-kawan yang sama-sama mengandung apa yang diaorang amik sampai sentiasa cergas. Masa tu la terbuka hati nak cuba produk shaklee.

Kenapa Gemar Sangat Dengan Produk Shaklee dah macam tak ada produk lain dah
Set Hamil Cergas


Produk Yang pertama ibu amik ialah ostematrix di susuli esp dan SR vita- C. Memang sangat ketara perbezaannya. Terasa segar, cergas, berseri dan yang paling saya suka tak ada istiah morning sickness lagi. Syukur, syukur, syukur sangat.

Lepas tu baru ibu consume set penuh hamil sebab tak mau amik ubat sintetik dr klinik. Alhamdulillah baby sihat ibu pun sihat. Masa tu Restoran dah beroperasi so, segalanya lancar. Alhamdulillah.

Yang penting dari tidur sampai bangun, pergi kerja, breakfast dan amik anak balik terasa sangat bertenaga. Suami pun tak ada lah letih nak kena bangun malam urut kaki sebab kejang. Ibu dah alaminya. Sebab itu ibu nak share at semua shaklee mampu membantu para ibu di luar sana untuk hamil dengan selesa.

Kenapa Gemar Sangat Dengan Produk Shaklee dah macam tak ada produk lain dah
Anak shaklee ibu



"Mencegah Lebih Baik Dari Merubati"

~ mazmohd ~
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz


Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya