Wednesday 8 October 2014

Impian Membawa Keluarga Bercuti Di Seluruh Malaysia

Semua mempunyai impian termasuklah saya sendiri. Dari muda sehingga sekarang impian saya untuk membawa keluarga bercuti pusing2 Malaysia belum tertunai.



Pergi ke pulau-pulau indah di Malaysia, Mendaki puncak Gunung, keindahan flora dan fauna, menjejaki sejarah-sejarah lama, mengenali budaya orang lain, dan banyak lagi yang masih belum saya terokai.

Kenapa saya tak memilih Oversea sebagai percutian idaman saya?

Ini semua disebabkan beberapa faktor yang mendorong saya untuk tidak menjadikan oversea sebagai destinasi percutian saya.


  1. Saya datang dari keluarga yang susah, nak keluar bandar pun susah inikan pula nak berjalan-jalan diseluruh Malaysia. Sampai orang luar tanya tentang negeri sendiri pun susah nak cerita.
  2. Saya nak anak-anak saya ada rasa cinta pada negara lebih tinggi berbanding luar negara.
  3. Kedamaian yang ada pada negara kita ni masih belum habis kita hayati.
  4. Saya nak sangat kongsi tempat-tempat menarik di Malaysia dengan semua.
  5. Kenali Negara kita dulu baru keluar kenali negara luar.

Penghalang utama saya untuk mendapatkan percutian idaman saya

  1. kewangan ~ financial sejak kawen sampai sekarang masih lagi haru biru. Tak tahu mana silapnya tetap tak dapat nak saving untuk percutian.
  2. masa ~ sejak bekerja di tempat kerja sekarang pada tahun 2008, memang masa terhad. Sampai sekarangla duk terkejar2, bergaduh, bermasam muka kerana cuti.
  3. kesibukan ~ kadang hari minggu pun kami kena bekerja, tersalah pilih kerja atau pengurusan kita gagal.
  4. terbeban ~ kami menggunakan alasan anak-anak masih kecil, nak kena bawa banyak barang bila tarvel.

Sebenarnya bila difikir kembali semua penghalang itu sangat mudah cuma kita buat dia susah. Bermula Oktober 2014 ini saya akan pastikan keluarga saya memenuhi percutian yang saya idamkan selama ini. Samada mendapat tajaan atau dengan modal sendiri.

Tahun 2014 ini kami akan penuhkan diari kami dengan kenangan percutian indah kami.


************************************************

"Mencegah Lebih Baik Dari Merubati"

~ mazmohd ~
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz

Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya

************************************************



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda... Jemput ler bertandang lagi..