Friday 10 October 2014

Cabaran 7hari entry : Homemade Resepi Kegemaran Saya & Keluarga

Saya sahut lagi cabaran untuk hari ke-5 iaitu Cabaran 7hari entry : Homemade Resepi Kegemaran Saya & Keluarga. Walaupun memasak bukan aktiviti yang paling saya gemar buat tetapi saya tetap ada homemade resepi yang menjadi kegemaran saya.



Siapa yang tak tahu PUDING KARAMEL TELUR? Bagi saya senang saja nak buat tak susah pun main campak aje hehehe.. Ok meh kita tengok resepi Puding karamel saya. Saya dapat resepi ni dari kakngah saya Maz Laily.

Ramai yang duk tanya camne nak buat puding karamel ni.. Saya akan sharekan..simple aje caranya..



1st step:

  • amik 1senduk nasi gula letak dalam loyang n bakar..
  • sambil bakar tu pusing2 sket k loyang tu takut hangus..
  • dah warna keemasan cantik2..bleh sejukkan..

2nd step:

  • dalam besen amik n pecahkan 10 biji telur+gula 1 cawan+susu cair 1tin+ 1sd kecil esen vanila+1 cawan air masak..
  • kacau rata...
  • dah sebati tapiskan masuk ke dalam loyang..
  • Tutup loyang menggunakan aluminium foil mengelakkan air wap menitis

Finally:

kukus selama 45minit..

Tips:

  1. Pastikan semua telur dibasuh terlebih dahulu
  2. semasa kacau telur jgn terlalu kuat nanti puding banyak lubang2 tau.
  3. Sejukkan seketika baru transfer kat dulang/pinggan potong bolehlaa try makan. Best...
  4. Lepas makan puding jangan lupa minum air yang banyak sebab manis tak elok sangat utk kesihatan.


Sebenarnya saya buat puding karamel ni tumpang jual kat Restoran Nasi Ayam Kampung kat Putra Height alhamdulillah ramai yang suka boleh laa support susu anak tiap2 bulan. Alhamdulillah.


************************************************



"Mencegah Lebih Baik Dari Merubati"

~ mazmohd ~
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz

Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya

************************************************



4 comments:

  1. alahai..banyaknye guna telur..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang buat sedap dan berlemak tu mama Dilla Jalil. dah masak bahagi 10. 1hari makan 1slice jerk = 1bijik telur hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. Kan.. Sedap manis2 lemak gitu.. Takde hanyir telur pom.. :)

      Delete

Terima kasih atas komen anda... Jemput ler bertandang lagi..