Pages

Wednesday, 8 October 2014

Cabaran 7hari entry: 3 fakta menarik tentang saya

Menyahut Cabaran 7hari entry: 3 fakta menarik tentang saya. Suka saya disini ceritakan perihal diri yang masih ramai tak tahu. Hehehe almaklumlaa saya ni bukan glemer sangat tapi bila kenal memang sayala paling glemer.



Saya Mazffalainey binti Mohd dilahirkan di Kampung Bukit Diman, Ajil, Hulu Terengganu, anak yang ke-3 dari 7 beradik. Saya paling manis sebab kulit saya paling hitam "manis" kata arwah toki saya. Berkahwin pada tahun 2010 dengan suami yang tercinta Zakry Bin Abd Wahab. Pada 2014 saya telah di anugerahkan Allah dengan 2 cahaya mata yang indah. Sekarang menyewa di Shah Alam.



Fakta pertama : Seorang yang suka bercakap

Sebenarnya saya ni seorang yang ramah pada mulanya. Bila dah kenal dan dah start bleh bercakap xleh nak berhenti dah. Semua storyla bleh di ceritakan. Ramai teruja bila bercakap ngan saya ni hehe..

Fakta ke-2 : Seorang yang suka Menyanyi

Sayalah Artis di Bilik Air Rumah Saya hehehe. Tak percaya? Boleh tanya adik beradik saya dan mama & aboh tersayang. Glemer gilerla sampai ramai suka dengar saya nyanyi..perasan jugak saya ni.. Hehehe tapi bila beranak ni macam dah kurang ingatan. Lagu2 dah tak berapa nak ingat. Tapi peminat tetap ada. Especially my lovely hubby and daughters. Memang peminat setialaa..

Fakta ke-3 : Seorang yang kuat makan

Yang ni memang saya tak tolakla. Semua saya bedal. Eh eh eh tipu.. Saya tak suka sayur hijau dan air berwarna susu, yang lain semua sapu. Kadang fikir2 balik dah macam lori MBSA dah saya ni. Tapi ini semua masa muda2 dulu.




Sekarang saya lebih suka bercakap bila perlu, mendendangkan lagu zikir dan kadang2 lagu kanak2 dan sekarang pemakanan wajib dikawal. Sayur dan air susu mesti didahulukan sebab faktor umur dan risiko.

Ini sahaja Cabaran 7hari entry: 3 fakta menarik tentang saya. Mula2 nak tulis macam takde idea tapi bila dah start menulis emm banyak rupanya tentang saya ni. Hehehehe



************************************************

"Mencegah Lebih Baik Dari Merubati"

~ mazmohd ~
012-6568548
Shaklee id: 1073481
FB : Kakcik Maz

Cod area: Shah Alam, Bukit Subang, Sungai Buloh, Paya Jaras, Damansara Damai, Subang Airport, Petaling Jaya, Sungai Way, Kelana Jaya

************************************************


2 comments:

  1. suka menyanyi rupenye :) ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. suke sangat nenny..ingat bleh jadi artis. tapi sesuai artis bilik air aje..kih kih kih :)

      Delete

Terima kasih atas komen anda... Jemput ler bertandang lagi..